CHAPTER 6

Romance Series 4681

KLIK!KLAK! Bunyi tapak kasut tumit tinggi bergema di sebuah bangunan syarikat. Si pemakainya sedang menuju ke arah bilik CEO di syarikat itu. Tok!Tok! Pintu bilik diketuk setibanya dia di hadapan pintu bilik. "Masuk!" Dia masuk ke dalam bilik itu setelah mendapat arahan.

"Miss Rose, miss panggil saya?" soalnya kepada seorang gadis yang sedang duduk membelakanginya. "Oh? Laila! Dah sampai pun kau." Rose memusingkan kerusinya untuk berhadapan dengan Laila. "Aku ada kerja untuk kau. Kerja LUAR pejabat." Senyuman sinis terukir di bibir Rose.


***


"PANDAI kau menari." Puji Daaim, sambil menari mengikuti rentak kaki Azalea. "Awak pun.. Cepat awak belajar." Balas Azalea. Daaim menatap mata Azalea sepanjang mereka menari. Dia masih tidak tau akan perasaannya sendiri, yang dia pasti, dia mahu kekal begini dengan Azalea.


"Lily. Aku nak panggil kau Lily." Kata Daaim. "Lily? Hmm.. Tak pernah orang panggil saya Lily. Tapi ok je, saya suka." Azalea setuju dengan panggilan tersebut. 'That's the point' bisik hati Daaim. "Macam mana kau boleh tau cara menari bahagian lelaki? Kau.. pernah menari dengan laki lain ke sebelum ni?" Daaim berharap, dia adalah lelaki pertama yang pernah menari dengan Azalea.


"Tak pernah pun, ibu saya yang ajar saya." Tersenyum Daaim apabila mendengar jawapan dari Azalea. "Ohh.. Baguslah." Kata Daaim. "Baguslah? Kenapa baguslah?" tanya Azalea. "Takde apa-apa. Saja nak cakap baguslah. Tak boleh?" Jawab Daaim bersahaja.


"Dari kecil ke kau belajar menari?" tanya Daaim. Dia mahu lebih mengenali Azalea. "Haah.. Dulu ibu pernah buka kelas menari. Tapi dia stop mengajar lepas dia kahwin dengan ayah. Dari kecil ibu dah start ajar saya dengan adik sa.." Tiba-tiba Azalea berhenti menari. Wajahnya yang tadi ceria berubah menjadi sedih. "Adik? Kau ada adik?" Daaim terkejut dengan maklumat yang baru dia ketahui.

"Saya minta maaf Eden, saya dah penat. Saya masuk bilik dulu." Azalea terus berlalu meninggalkan soalan Daaim yang tidak berjawab. Daaim membiarkan Azalea berlalu pergi. Perasaan ingin tahunya membuak-buak, tapi dia tahu, Azalea belum bersedia untuk memberitahunya lagi.


Daaim mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor Suzy. "Suzy, datang sini sekarang, aku dah nak balik. Suruh Sean datang rumah aku sekarang." Daaim memutuskan panggilan, dan segera pulang ke rumahnya.


***


"BETUL Caleb ada sorang anak je?" soal Daaim. "Betul tuan. Saya dah hantar orang dalam untuk kumpul maklumat tentang Caleb. Time kami pergi ambush rumah Caleb, kami cuba dapatkan info dari orang-orang Caleb, tapi diorang memang tak tau apa-apa. So setakat ni, based on info yang saya dapat, memang Caleb ada sorang anak je, which is Azalea." Terang Sean.


"Haaaaa...." Daaim melepaskan keluhannya. "Kenapa tuan? Ada apa-apa yang saya terlepas pandang ke?" tanya Sean. "Dia cakap dia ada adik." jawab Daaim. "What! Tapi takde apa-apa info yang Caleb ada dua orang anak." Sean terkejut, kerana dia sudah memastikan tiada info yang tertinggal.


"Takpe, kau boleh pergi. Terus inform dekat aku kalau kau dapat apa-apa info baru." arah Daaim. "Baik tuan." Sean berlalu pergi dari situ. 'Kalau dia ada adik, mana adik dia sekarang? Kenapa dia sorang je yang ada dekat rumah Caleb?' Daaim bermonolog sendiri. Dia masih memikirkan, siapa identiti adik Azalea?

Thank you semua! Jangan lupa follow saya dan support cerita ni :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience