CHAPTER 8

Romance Series 4681

DAAIM berhadapan dengan komputer ribanya, sedang menaip-naip menyiapkan tugasan sebagai CEO. Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk, sebelum Sean melangkah masuk ke dalam. "Tuan." Sean bersuara untuk memberi tahu akan kehadirannya di hadapan Daaim.


"Aku nak kau prepare untuk next step kita. Dah settle inform aku." Arah Daaim. Sean menundukkan kepalanya kepada Daaim sebelum beredar pergi. 'Azalea tengah buat apa eh sekarang? Hmm.. Aku nak pergi tengok dia lah!' Daaim segera bangun dan meninggalkan meja kerjanya. Dia bergegas ke rumah agam itu untuk bertemu dengan bunganya.


***


TERBELIAK mata Daaim melihat Suzy, Azalea dan Zaki yang berada di bahagian dapur. Begitu juga Suzy dan Zaki yang terkejut akan kehadiran Daaim. 'Ini rupanya kerja diorang kalau aku takde!' Mata Daaim menikam tepat ke arah Suzy dan Zaki secara bergilir.


"Tu..tu..tuan.." bergegar suara Suzy melihat pandangan mata Daaim. Azalea yang baru sedar akan akan kehadiran Daaim, menoleh ke belakang. "Eden! Awal awak datang hari ni? Baguslah, kita boleh makan sama-sama.." ajak Azalea sambil tersenyum gembira.


"Eden!!?" serentak Suzy dan Zaki bersuara, tidak percaya dengan apa yang mereka dengari. Mereka menoleh ke arah Daaim, yang tidak memperdulikan mereka, dan hanya tersenyum kepada Azalea. Sekejap sahaja, Daaim sudah memandang ke arah Suzy dan Zaki kembali, dengan raut wajahnya yang asal.


Zaki cuba menyelamatkan keadaan, lalu bergegas mendapatkan Daaim. "Tuan! Jomlah makan dulu.. Kitorang memang masak khas untuk tuan.. Mesti tuan penatkan? Haa.. Tuan duduk dulu.." Zaki mengibas-ngibas kerusi di hadapannya sebelum mempelawa Daaim untuk duduk. Dia terus bergegas untuk menolong Azalea semula.

"Awak tunggu kejap, ok? Nak siap dah ni.." kata Azalea, sebelum dia kembali memasak. "Err.. Tuan duduklah dulu, saya nak pergi tolong Azalea dengan Zaki.. Hihi.." Suzy pun terus menyelamatkan dirinya dan bergegas ke arah Azalea dan Zaki.


Daaim hanya mampu menggelengkan kepalanya, pening dengan karenah Suzy dan Zaki. Dia memerhatikan Azalea yang sedang memasak, dibantu oleh Suzy dan Zaki. Dalam diam, dia pun tidak sabar untuk merasa masakan Azalea.

Jangan lupa comment, follow dan support cerita ni :) Thank you semua <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience