CHAPTER 3

Romance Series 4681

BOOMM!!! Bunyi ledakan bom kedengaran di gudang milik Caleb. "Hello tuan. Kami dah letupkan semua gudang-gudang milik Caleb." Ujar Sean. "Good. Sekarang kita biar dulu dia menggila. Baru kita ke next step. "Daaim mematikan panggilan. Senyuman sinis tidak lari dari bibir lelaki tampan itu.

Tiba-tiba dia teringat bahawa dia tidak pernah pergi melihat anak perempuan Caleb sendiri. Sepanjang 2 minggu, dia hanya bertanyakan kepada Sean sahaja. 'Hmm.. Let's meet her then..'


***


DAAIM melangkah masuk ke tempat rahsianya. Dari luar seperti rumah agam biasa, tetapi di dalamnya dilengkapi dengan pelbagai peralatan. Ada bilik yang lengkap dengan peralatan perubatan, ada bilik yang lengkap dengan pelbagai jenis senjata dan setiap bilik ada kegunaanya. Rumah agam itu dikawal ketat oleh pengawal-pengawal yang dipilih oleh Daaim.


Daaim berhenti melangkah. Dia pelik kerana ada alunan muzik dipasang di dalam rumah itu. 'Tak pernah diorang pasang muzik sebelum ni. Buang tabiat ke apa?' Daaim melangkah ke arah Suzy, orang yang bertanggungjawab untuk menjaga Azalea.


"Kenapa tiba-tiba pasang muzik kat sini?" Suzy lantas bangun menghadap tuannya. "Eh tuan! Selamat petang tuan! Errr.. Azalea yang minta. Dia cakap, dia takkan melawan atau cuba untuk larikan diri. Dia cuma nak minta tolong pasangkan alunan muzik je. Memandangkan tuan cakap kita just simpan dia dekat sini dan bukan untuk seksa dia, so saya bagi je lah." Jawab Suzy.


"Buka pintu dia." Arah Daaim. "Ok!" Suzy menekan butang yang bersambung dengan kunci pintu bilik Azalea. Daaim melangkah masuk ke dalam bilik Azalea. Dia terpaku seketika melihat Azalea yang sedang menari penuh dengan emosi. Boleh dirasa dari pergerakkannya dan riak wajahnya, walaupun matanya dipejam rapat. "Ehem!" Daaim berdehem untuk membuat Azalea sedar akan kehadirannya. "Ackk!" Azalea hampir jatuh disebabkan terkejut dengan kehadiran Daaim.


Mata Azalea dan Daaim terpaut. Seperti terhenti waktu seketika untuk mereka. Daaim merasakan sesuatu di dadanya, sesuatu yang payah untuk dia terjemahkan. Azalea mengalihkan pandangan matanya dahulu. "Te..Terima kasih." Kata Azalea. Terkejut Daaim apabila mendengar perkataan 'terima kasih' dari orang yang menjadi tahanannya.

"Kenapa?" Soal Daaim. Azalea terus melutut di hadapan Daaim. "Terima kasih.. Terima kasih sebab awak dah keluarkan saya dari neraka tu. Sa..Saya sanggup kerja dengan awak sampai akhir hayat saya, yang penting awak tak serahkan saya pada ayah saya. Saya janji.. Saya janji saya akan setia." Azalea menangis sambil merayu kepada Daaim.


Daaim kehilangan kata. 'Teruk sangat ke Caleb buat anak dia? Anak sendiri? Memang kalau dah manusia kejam, anak sendiri pun dia sanggup seksa. Tapi apa yang Caleb dah buat dekat dia? Ish! Buat apa aku nak tau. Bukan ada kaitan dengan aku pun.'


"Ok. Aku akan guna kau bila perlu. Kau duduk je diam-diam kat sini. Suzy ada kat luar. Apa-apa yang kau nak, kau minta kat dia." Daaim merendahkan tubuhnya dan menolak sedikit dagu Azalea ke atas, menggunakan jarinya dengan lembut, supaya mata mereka kembali berpaut.


"Aku nak bunuh bapa kau, dan rampas semua yang dia ada. Kau betul sanggup, tolong aku bunuh bapa kandung kau sendiri?" Daaim sengaja menguji. "Dia BUNUH ibu saya. Setiap hari.. Setiap hari saya berharap saya dapat bunuh dia. Saya benci diri saya.. Sebab saya tau saya tak dapat buat semua tu." Setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Azalea penuh dengan kebencian dan kesedihan.


Azalea mencapai tangan Daaim lalu menggenggamnya dengan erat, menunjukkan betapa terdesaknya dia untuk lari dari cengkaman Caleb. "Saya akan buat apa saja yang awak suruh. Saya tak nak dia tarik saya balik ke neraka tu." Teresak-esak Azalea menangis.


Daaim tidak menyangka yang Caleb sanggup membunuh isterinya sendiri. 'Kalau isteri pun dia sanggup bunuh, apa yang dia dah buat dekat Azalea sebelum Azalea datang sini, sampai trauma macam ni?' Sekali lagi ada sejentik perasaan asing yang Daaim rasakan di dadanya.


"Jangan risau, aku takkan biarkan dia bawa kau balik ke tempat tu lagi." Daaim Cuba menenangkan Azalea. "Terima kasih.. Terima kasih.." Azalea tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada Daaim. "Dah. Takyah nangis. Kau duduk dulu sini, aku ambilkan kau air." Azalea memegang hujung baju Daaim. "Takpe, saya boleh ambil sendiri, dekat atas meja je." Azalea cuba menghentikan Daaim.


"Aku yang nak buat, tak salah kan? Lagipun macam yang kau cakap, tak jauh pun, kat situ je." Daaim segera menuangkan air di gelas, lalu menghulurkan kepada Azalea. "Terima kasih." Azalea senyum sambil berterima kasih. Daaim memandang senyuman yang terukir di bibir Azalea. 'Sweet.' Sesaat terlintas di fikiran Daaim. 'Eh! Apa aku ni?!' Segera ditepisnya.


"Dah, rehat. Aku keluar dulu." ujar Daaim. Dibalas dengan senyuman dan anggukkan dari Azalea. Daaim melangkah keluar dari bilik. Setelah menutup pintu, dia terhenti sejenak di hadapan pintu bilik itu. 'Sympathy. Yes, Sympathy. Aku just rasa simpati dekat dia. Itu sahaja.' Daaim cuba menyusun semula pemikirannya. Betul ke simpati? Atau lebih?

Terima kasih kepada semua pembaca:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience