CHAPTER 5

Romance Series 4681

"JOM, duduk kat luar." Daaim mengajak Azalea. Azalea mengekori langkah Daaim dari belakang, menuju ke ruang tengah. Mereka duduk berhadapan seperti hari-hari sebelumnya. Daaim menikmati minuman yang Suzy telah sediakan seperti biasa, sambil matanya memandang Azalea.

Diam kedua-duanya tanpa sebarang kata, hanya ditemani alunan muzik. Azalea hanya mampu memandang ke arah lantai. "Daaim Eden." Daaim memulakan perbualan setelah berhari-hari dengan rutin yang sama. "Hah?" Azalea memandang Daaim dengan riak muka yang keliru.

"Nama aku." Daaim menjelaskan. "Pfft.." Azalea ketawa kecil. "Kenapa kau ketawa?" Kali ini, Daaim pula yang keliru dengan Azalea. "Takde apa-apa. Saya just happy, sebab awak bagi tau saya nama awak." Senyuman terukir di bibir Azalea. Pertama kali Daaim melihat Azalea tersenyum dengan ceria.


"Ermm.. Saya nak panggil awak apa? Tuan? Macam yang Suzy selalu panggil awak?" soal Azalea. "Siapa suruh kau panggil aku tuan? Kau bukannya kerja bawah aku pun." Tak pernah dia terfikir untuk menyuruh Azalea memanggil dia 'tuan'.


"Hmm.. Kalau macam tu, saya panggil Daaim je lah. Boleh?" cadang Azalea. "Tak nak. Ramai dah yang panggil aku Daaim." Daaim menolak cadangan Azalea. Tiba-tiba dia terfikir idea untuk mengusik Azalea. "Aku nak kau panggil aku, DARLING." Daaim menahan senyumannya.

"Dar..Darling?" Azalea cuba memastikan yang dia tidak salah dengar. "Hmm.. Darling. Daaim start dengan huruf D, Darling pun start dengan huruf D, kira samalah tu kan? Kau sendiri cakap yang kau akan buat apa yang aku suruh, ingat tak?" Daaim tidak dapat lagi menahan senyumannya. Suka dia melihat Azalea terkial-kial untuk menyebut perkataan itu.


"Kalau tak pun, SAYANG. Darling kan maksud dia sayang." Daaim cuba menyakat lagi. "O..Ok, saya akan panggil awak.. sayang. Tapi awak kena janji dengan saya, yang awak akan menari dengan saya." Kata Azalea. "Ok. Deal. Saya akan menari dengan awak, itupun kalau awak betul-betul pang.." "Sayang." Terdiam Daaim apabila mendengar Azalea memanggilnya 'sayang'.


Dia sekadar ingin menyakat Azalea dan dia yakin Azalea tidak akan memanggilnya 'sayang'. Padahal perancangan awal Daaim, dia ingin menunjukkan sisi gentleman nya ,dengan menari bersama Azalea walaupun Azalea tidak dapat memanggilnya 'sayang'. "Apa?" Daaim menoleh ke arah Azalea yang kini sedang memandangnya tepat di mata.


"Sayang, dah janjikan nak menari dengan saya?" Azalea memandang dengan penuh harapan. Terkelu lidah Daaim, tiba-tiba tidak tau bagaimana hendak berkata-kata. Dia dapat merasakan bahang di pipinya. Tetapi tidak pula dia mengalihkan tatapan matanya, bagaikan terperangkap dalam mata Azalea, tapi dia suka dengan apa yang dia rasakan saat itu.


"Awak.. Awak!" Azalea menyedarkan Daaim. "Awak kenapa ni?" Daaim segera bangun dari sofa dan membelakangi Azalea. 'Nasib baik dia panggil 'awak' balik. Tulah kau Daaim Eden, nak kenakan orang, sekali kau yang terkena.' Daaim cuba menenangkan dirinya seketika.


"Eden." Daaim menoleh semula ke arah Azalea. "Panggil aku, Eden." Cepat-cepat dia memberitahu nama panggilan yang baru. Kalau tak, mau tercabut jantungnya akibat terlalu laju derdegup, kalau Azalea kembali memanggilnya 'sayang'. "Ohhh.. Ok! Saya suka nama tu." Azalea memuji.


Daaim kembali duduk di sofa, lalu meneguk minumannya. "Aku tak pandai menari, tapi aku cepat belajar. So, teach me." kata Daaim, sambil, mendepakan tangannya, menunjukkan dia sedia untuk belajar menari. "Awak serius nak menari dengan saya?" Makin ceria riak wajah Azalea.


'Kalau menari boleh buat kau happy macam ni, hari-hari pun aku sanggup.' bisik hati Daaim, apabila melihat Azalea tersenyum gembira. "Aku kan dah janji. Mestilah aku buat." Daaim meyakinkan Azalea. "Terima kasih, Eden." Daaim perasan ada sedikit perubahan dari riak wajah Azalea. Senyumannya masih terukir di bibir, tetapi ada setitik emosi sedih dari mata Azalea.


Ikutkan hati Daaim, dia mau Azalea menceritakan semua yang terjadi padanya sekarang juga. Tetapi, dia tidak mau memaksa Azalea. Biarlah Azalea selesa dulu dengannya. Apa yang penting sekarang, senyuman itu perlu dia kekalkan, kerana dengan senyuman itu, dunia Daaim kembali mekar.

Thank you semua! Have a nice day :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience