Series
4681
SELESAI sahaja kerja Daaim, dia terus bergegas ke rumah agam itu. Laju dia melangkah ke bilik Azalea, tetapi langkahnya terhenti apabila dia berada betul-betul di depan bilik. 'Apa aku nak cakap kalau aku masuk?' Termundar-mandir Daaim di situ.
'Lantaklah! Masuk dulu, fikir nanti.' Daaim memulas tombol pintu. Perlahan-lahan dia menolak pintu tersebut, dan melangkah masuk ke dalam. Daaim melihat Azalea sedang duduk di tepi jendela, sambil merenung ke dunia luar.
"Saya suka bilik ni. Ada tingkap, boleh tengok permandangan luar. Lagi best dari bilik yang ayah saya bagi. Takde tingkap. Suram. Rasa sesak je." Azalea bersuara terlebih dahulu, masih lagi melihat ke luar jendela. "Boleh aku tau, kenapa Caleb kurung kau macam tu? Tentang adik yang kau sebut kemarin, apa jadi dengan dia?" Daaim mengambil kesempatan untuk bertanya persoalan yang dia sudah lama pendam.
Lama mereka diam membisu. Daaim tidak mahu memaksa Azalea, jika dia tidak mahu menjawab pertanyaanya. Di waktu sekarang, dia hanya mahu menjadi seseorang yang ada untuk Azalea. "Kalau saya cerita apa yang jadi, awak kena janji dengan saya.." Azalea menoleh ke arah Daaim.
"Janji?" soal Daaim. "Janji.. yang awak takkan.. jijik dengan saya.." Sayu mata Azalea memandang Daaim. Daaim mendapat sedikit petunjuk, tentang apa yang Caleb telah lakukan kepada Azalea. Dia cuba menenangkan hati, kerana di hadapannya sekarang, adalah orang yang memerlukan sokongan darinya.
"Aku janji. Aku takkan pernah rasa macam tu kat kau." Daaim meyakinkan Azalea. "Dulu, masa ibu masih hidup, ayah jadikan ibu pelacur.." Azalea menggenggam tangannya, mencari kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku. "Bila ayah cakap, dia akan jadikan saya dengan adik saya pelacur, kalau umur kami dah cecah 18 tahun, ibu cuba bawa kami lari.." Mata Azalea mula ditakungi air mata.
"Tapi ayah dapat halang kami.. Dia pukul ibu.. Depan kami dia.. Dia bunuh ibu.." Azalea tidak dapat lagi menahan tangisannya. Daaim memeluk Azalea, untuk menenangkan gadis itu. Tegang urat Daaim, menahan amarahnya terhadap Caleb. Daaim melepaskan pelukannya, dan memandang Azalea semula.
"Setiap hari lepas kejadian tu, saya cuba cari cara untuk keluar, sebab saya tak nak kami pun kena nasib yang sama dengan ibu.." Azalea menyeka air matanya. "Bila dah cecah umur 17 tahun, adik saya 16 tahun, kami cuba lari lagi sekali. Sikit lagi kami dah nak keluar, tapi.. Saya tahu, takkan sempat kalau dua-dua pergi." Azalea tersenyum pahit.
"Jadi saya suruh dia pergi sendiri. Itu je cara supaya dia boleh selamat dari ayah. Kalau saya tak halang orang-orang ayah, dia pun takkan dapat keluar dari situ.." Azalea mengetap bibirnya. "Lepas tu ayah pukul saya, dia kurung saya dekat bilik tu. Dia jadikan saya pelacur.." Azalea menangis teresak-esak.
"Saya jijik dengan diri saya.. Tapi apa yang saya boleh buat? Saya cuma bersyukur yang adik saya, tak perlu hadap semua tu.. Saya tak tau apa yang jadi dekat adik saya, tapi saya harap, adik saya dapat survive kat luar sana.." Daaim menyeka air mata Azalea.
"Tu bukan ayah kau. Dia tak layak pun untuk kau panggil ayah. Jadi mula saat ni, aku nak kau stop panggil dia ayah." Daaim menatap mata Azalea, sambil tangannya memegang pipi Azalea. "Aku tak nak kau jijik dengan diri kau. Tu bukan salah kau. Aku janji, aku akan tolong kau cari adik kau. Aku akan balas balik perbuatan Caleb, dan aku takkan biarkan kau kena hadap balik semua tu." Daaim kembali memeluk Azalea.
Barulah terjawab persoalan-persoalan yang terbuku di hatinya. Daaim mahu melindungi gadis yang berada di pelukkannya itu. Dia tidak mahu lagi melihat Azalea menangis sedih, atau apa-apa yang buruk berlaku pada Azalea. Mereka memiliki nasib yang sama, ditindas oleh Caleb.
Tapi Daaim tahu, sakit lagi Azalea kerana Caleb adalah bapa kandungnya sendiri. Daaim membiarkan Azalea menangis dalam pelukkannya. Biarlah Azalea melepaskan semua tangisnya sekarang, kerana Daaim tidak akan membiarkan Azalea disakiti lagi.
Jangan lupa follow, dan support cerita ni :) Thank you semua <3
Share this novel