CHAPTER 10

Romance Series 4681

MEREKA mula menghidangkan makanan, setelah selesai memasak. Daaim dan Azalea sudah duduk terlebih dahulu di meja makan. "Ehem!" Daaim berdehem, sambil matanya memandang Suzy dan Zaki yang baru sahaja mahu duduk.

"Eh Zaki! Err.. Sean suruh kita jumpa dia sekarang kan?! Azalea, tuan, kitorang pergi dululah, makanan ni kitorang bungkus je.." Suzy cepat-cepat membungkus makanan mereka. Zaki yang masih tidak dapat membaca keadaan, hanya mengikut pergerakan Suzy. "Bila Sean cakap?" tanya Zaki.

"Aduh!" Zaki mengerang kesakitan. Kakinya tiba-tiba dipijak oleh Suzy. "Zaki! Awak ok tak tu?" tanya Azalea. "Dia ok je! Kaki dia terlanggar meja sikit.. Oklah, kitorang pergi dulu! Bye!" Suzy pantas menarik Zaki keluar dari rumah agam itu. 'Finally..' Daaim tersenyum bangga kerana berjaya menghalau mereka.

"Jom makan. Aku lapar." Mata Azalea yang dari tadi mengekori Suzy dan Zaki, kembali melihat Daaim. "Emm, awak makanlah, lepas tu awak bagi tau saya sedap ke tak." Azalea menunggu Daaim untuk merasa masakannya.

Daaim mula menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. "Sedap! Pandai kau masak. Bila kau belajar masak? Takkan kat tempat Caleb?" soal Daaim. "Nak keluar bilik pun tak boleh, macam mana saya nak masak kat situ? Hari tu awak cakap, kalau saya nak apa-apa minta dekat Suzy.. Saya dah lama nak try masak.. Tu yang saya minta tolong pinjamkan phone, nak tengok tutorial, lepas tu saya cubalah masakkan untuk dia." terang Azalea.

"Hmm.. So kau dah jumpa bakat baru kaulah.." kata Daaim. "Bakat baru?" soalan Azalea. "Yes.. Bakat baru.. Other than kau pandai menari, kau pandai masak." jawab Daaim. Lebar senyuman Azalea mendengar pujian dari Daaim. Selesai mereka makan, Azalea mencuci pinggan.

Daaim hanya berdiri di sebelahnya, melihat gerak-geri Azalea. Daaim memerhatikan rambut Azalea yang menutupi wajah gadis itu. Perlahan-lahan dia meletakkan rambut itu ke belakang telinga Azalea, menggunakan jarinya. Azalea menoleh ke arah Daaim, terkejut dengan sentuhan Daaim yang dia tidak duga.

"Ke..kenapa?" tanya Azalea. "Rambut kau cantik, tapi aku nak tengok muka kau.. Lagi cantik.." Merah pipi Azalea kerana Daaim. 'Comel..' Bisik hati Daaim. Azalea terus cepat-cepat menghabiskan kerjanya. Baru sahaja dia mahu mengelap tangan di bajunya, Daaim mencapai tangannya terlebih dahulu.

"Nanti baju kau basah." Daaim mengambil tisu lalu mengelap titisan air yang berada di tangan Azalea. Sengaja dia memperlahankan pergerakkannya kerana dia mahu memegang tangan Azalea lebih lama."Terima kasih.." kata Azalea. Dia tidak memandang ke arah Daaim kerana ingin menyembunyikan pipinya yang masih merah.


"Esok aku bawa kau keluar, beli bahan-bahan dapur." kata Daaim. "Ok... Hah!? Awak nak bawa saya keluar?!" Disebabkan terkejut, Azalea terus menoleh ke arah Daaim. Pipinya yang masih merah kini jelas kelihatan oleh Daaim. Jari jemari Daaim mengelus pipi Azalea.


"Hmm.. Lepas ni, aku nak kau masak dinner untuk aku, boleh?" kata Daaim. Azalea tersenyum, lalu menganggukkan kepalanya. "Terima kasih.." kata Azalea. "Kenapa? Sebab aku suruh kau masak?" soal Daaim. Azalea ketawa kecil, lalu menatap mata Daaim semula. "Sebab awak nak bawa saya keluar." balas Azalea.

Lama mereka berbalas pandangan. Kata orang, dari mata turun ke hati. Begitu jugalah Daaim dan Azalea. Hati mereka yang dulu penuh dengan luka, kini mula dipenuhi dengan bunga-bunga yang semakin mekar.

Sorry semua, sebab lambat update.. Saya banyak kerja pula lately ni.. harap semua suka chapter ni, sorry kalau ada yang kurang, dan thank you semua :) <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience