CHAPTER 1

Romance Series 4681

"IBU! Ibu!" Terdengar suara gadis kecil memanggil ibunya, sambil teresak-esak. 'Apa salah ibu? Kenapa ayah mengasari ibu?' Persoalan yang selalu timbul di fikiran gadis kecil itu. 'Sayang ibu, kamu kena sentiasa jaga adik,ok?' Gadis itu teringat akan pesanan ibunya. Dia mengesat air mata yang sedari tadi membasahi pipinya, lalu bergegas mendapatkan adiknya. Dipeluk erat adiknya yang juga menangis ketakutan melihat wajah bengis ayah mereka ketika mengheret ibu keluar dari bilik.

Entah apa nasib ibu, mereka sendiri tidak tau. Apa yang mereka boleh buat diusia yang muda dan tubuh badan kecil? Mereka hanya mampu duduk diam di dalam bilik tersebut, dan lebih rela berkurung di situ, kerana mereka tau, diluar bilik itu adalah neraka yang mereka tidak mau jejak sama sekali.


***

DI sebuah banglo yang tersergam indah, terdapat beberapa buah kereta mewah yang setaraf dengan banglo tersebut. Hiasan dalaman rumah yang maskulin memberi petunjuk bahawa banglo itu didiami oleh seorang lelaki.

Lelaki itu baru sahaja selesai membersihkan diri, lalu melengkapkan dirinya dengan baju sut yang tampak segak seperti si pemakai. Dia berdiri di hadapan cermin untuk mengemaskan lagi dirinya sebelum turun ke ruang makan untuk bersarapan.

"Selamat pagi tuan" Sapa Kak Leha, pembantu rumah di situ. "Hmm." Dibalas pendek olehnya. Dia duduk lalu menikmati sarapan yang sudah disediakan. Selesai bersarapan, dia menuju ke kereta yang selalu digunakan untuk ke pejabat, dipandu oleh seorang pemandu kereta iaitu Amir.

"Selamat pagi tuan" Sapa Amir, sambil membukakan pintu kereta untuk tuannya. Kereta tersebut berlalu keluar meninggalkan perkarangan rumah. Rumah mewah itu terletak jauh dari rumah-rumah lain. 15 minit memandu keluar barulah kelihatan rumah-rumah yang lain.

Daaim Eden, seorang CEO di RC Sdn Bhd, salah satu syarikat yang terbesar di Malaysia. Syarikat peninggalan arwah ayah dan ibu CEO itu. Syarikat yang ditinggalkan dalam keadaan hutang yang banyak, dan hampir tutup. Tapi Daaim, pada ketika itu baru sahaja mencecah umur 19 tahun, berusaha dengan bermacam-macam cara untuk menyelamatkan syarikat tersebut, kerana bagi Daaim, syarikat itu sahaja harapan yang dia ada untuk membalas dendam. Ya, dendam.


Dia perlukan syarikat tersebut untuk menjana duit, kerana dengan duit, dia boleh mendapatkan kekuasaan, pengaruh dan dapat membina nama yang semua orang akan geruni. Barulah dia boleh capai matlamatnya. Setelah 10 tahun, akhirnya dia mendapatkan apa yang diperlukan, kekuasaan, pengaruh dan nama.


***

"MAKLUMAT yang tuan minta, semua ada dalam ni." Sean, orang kanan Daaim, menghulurkan dokumen yang diminta. Daaim membelek-belek dokumen di tangannya. "Dia ada anak perempuan? " soal Daaim. "Ya tuan. 24 tahun. Caleb tak pernah bawa anak dia keluar dari tempat dia. Sebab tu ramai orang ingat dia takde anak." Jawab Sean.


"Hmm.." Daaim tersenyum sinis,. "Aku nak kau bawa anak dia pergi tempat kita." Arah Daaim. "Baik tuan." Sean mengangguk faham, lalu bergegas untuk menyelesaikan arahan tersebut. Daaim melihat ke arah jendela pejabatnya sambil tersenyum sinis. Dia telah membuat persediaan untuk menjatuhkan Caleb selama bertahun-tahun, tapi tidak dia sangka, bahawa Caleb ada kelemahan. Lagi senanglah untuk dia tumpaskan Caleb. 'Caleb, kali ni kau pula yang akan melutut depan aku. Zaman kau dah jumpa penamatnya.'

Hi semua:) Ni first time saya menulis, saya harap semua stay untuk baca cerita ni sehingga chapter yang terakhir.. Kalau suka jangan lupa donate coins yeee.. Terima kasih semua!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience