CHAPTER 2

Romance Series 4681

"HUMMM.. Hummm.." Suara senandung milik Azalea, sambil dia menari dengan bebas, mengikut alunan itu, di dalam sebuah bilik yang tidak ubah seperti penjara. Azalea menari sambil memejamkan mata, membayangkan keindahan dunia luar.

Itu sahaja cara untuk dia merasakan kebebasan walaupun seketika, kerana sekali dia membuka mata, semua kebebasan yang dirasai lesap. Itulah realiti yang perlu dihadapai oleh Azalea sejak kecil lagi.

PANG!!! Bunyi tembakan kedengaran. Azalea membuka matanya, dengan pantas dia bersembunyi di bawah katil. Dia terkejut dengan bunyi tembakan itu, tetapi tiada jeritan yang keluar dari mulutnya kerana sudah biasa dengan bunyi itu.

Tiba-tiba, pintu bilik itu dibuka. Azalea mengintai dari bawah katil. 4 orang lelaki yang tidak dikenali masuk ke bilik itu. "Kau serius ke dia kurung anak dia kat sini? Ni macam tempat banduan je." Soal Zaki, salah seorang dari mereka. 3 orang yang lain melihat ke arah Zaki. "Apa? Iyalah aku ingatkan dia nak kurung anak pun bilik elok lah sikit, anak sendiri kut." tambah Zaki.

"Haih.. Betul, memang dia kurung anak dia kat sini. Aku dah hantar orang cek sebelum kita datang." Jawab Sean, sambil memandang sekeliling bilik itu, lalu ternampak ada kain yang terkeluar dari bawah katil. "Azalea. Kami takkan cederakan kau, kalau kau ikut kami baik-baik." Ujar Sean. Dia tau Azalea ada di bawah katil.

Azalea perlahan-lahan keluar dari situ. Azalea tidak bersuara langsung, dan hanya mengangguk tanda setuju. "Jom, kita kena gerak sekarang." Sean dan teamnya membawa Azalea ke tempat yang Daaim arahkan.

Mereka mengunci Azalea di sebuah bilik, di tempat rahsia yang Daaim bina khas untuk operasi sulit. Kini, nasib Azalea berada di tangan Daaim. Sean sendiri pun tidak tau apa yang difikirkan oleh tuan mereka.


***


"APA YANG DAH JADI!!!" Jerit Caleb. Dia terus bergegas ke kediamannya apabila mendapat tau bahawa tempatnya diserang dan anaknya sudah dibawa lari. "Sa.. Saya minta maaf tuan. Kami cuba halang tapi.." PANGG!! Caleb menembak orang suruhannya itu tanpa belas kasihan.


"AARGHHH!!! SIAPA YANG BERANI CARI PASAL DENGAN AKU!!" Caleb melepaskan amarahnya. Kringgg!! "Tuan, ada orang call" Raiqal, orang kanan Caleb, menghulurkan telefon Caleb. Caleb melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya adalah nombor yang tidak dikenali.


"Siapa kau?" Caleb menjawab panggilan itu. "Aku harap kau suka dengan hadiah aku, Caleb." Suara yang asing bagi Caleb. "Kau jangan cari pasal dengan aku!!! Kau siapa hah!!!" Herdik Caleb. "Hahahhahha!!! Haih.. Aku tau kau suka dengan hadiah aku. Ni baru sikit Caleb. Banyak lagi hadiah aku nak suap kat kau." Tutt.. Tutt.. Panggilan dimatikan. "Sial!!!" Caleb menghumban telefon itu dengan penuh amarah.


"Kau tunggu!!! Kau main dengan salah orang!!!" Berombak dada Caleb akibat terlalu marah. "Qal! Kau cari siapa yang buat semua ni!" "Baik tuan!" Raiqal segera pergi dari situ. Caleb cuba berfikir siapa yang berani menentangnya. Dia perlu menamatkan riwayat orang itu dengan segera, dan mendapatkan anaknya. Anak yang dicari bukan kerana kasih, tetapi kerana keuntungan yang diperoleh.

Apa yang akan terjadi kepada Azalea? Nak tau? Kena baca sampai habis tau.. Kalau suka, jangan lupa donate coins:) Terima kasih semua!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience