Series
4681
BEBERAPA jam yang lalu...
Suzy berada di rumah agam itu, seperti biasa untuk menjaga Azalea. Dia sedang menunggu ketibaan Zaki. Dari semalam lagi, Suzy dan Zaki sudah rancang untuk meminta Azalea masak. Zaki pergi membeli bahan-bahan masakan terlebih dahulu sebelum ke rumah agam itu.
"Azalea!" Suzy memanggil Azalea dari hadapan pintu bilik. Azalea menoleh ke arah Suzy, lalu tersenyum. "Hari ni, awak tolong masak boleh?" Tanya Suzy. "Boleh! Awak nak saya masak apa hari ni?" Azalea bangun menuju ke arah Suzy. Mereka berdua melangkah keluar ke ruang tengah.
"Tom Yam! Ok tak?" Zaki yang mencadangkan untuk masak tom yam kepada Suzy. "Ok! Boleh je.." Azalea menganggukkan kepalanya. "Suzy!" Zaki melaungkan nama Suzy dari arah pintu hadapan. "Eh? Hihi.. Hi Azalea.. Ingat aku lagi tak?" Zaki perlahan-lahan mendekati Azalea dan Suzy.
"Ingat, awak yang bawa saya datang sini.." jawab Azalea. "Zaki ada buat benda tak elok ke kat awak? Kalau ada biar saya ajar..!" belum sempat Suzy menghabiskan kata-katanya, Zaki mencelah, "Eh! Mana adalah! Aku baik apa?!" Zaki mempertahankan dirinya.
"Mana ada Zaki buat apa-apa.. Diorang baik je dengan saya hari tu.." balas Azalea. "Jomlah kita start masak.. Mesti Suzy dengan Zaki dah lapar kan?" Kata Azalea. "Aku ikut masak sekali ke?" bisik Zaki pada Suzy. "Mestilah! Kau ingat kau boss ke?!" Suzy terus bangun membawa Azalea ke dapur.
"Ish! Orang tanya je pun.." Zaki bangun mengekori mereka sambil membawa bahan-bahan yang dibelinya tadi. "Ok, Zaki tolong potong daging, Suzy tolong potong bawang. Saya nak masak nasi dulu.." Azalea mengagihkan tugasan supaya cepat siap masakan mereka.
"Suzy, tuan memang tak datang eh waktu-waktu macam ni?" Tanya Zaki, risau dia kalau Daaim tiba-tiba muncul di situ. Sudahlah mereka sedang melakukan kesalahan. Mereka juga merahsiakan perkara ini dari Sean, kerana tahu Sean akan memarahi mereka.
"Aku kan hari-hari kat sini, aku tahu lah time tuan tu macam mana. Kau jangan risaulah, aku dah.." Tiba-tiba Suzy terdiam. "Kau kenapa? Muka macam nampak hantu.." Zaki masih lagi memandang Suzy, menunggu jawapan. "Tu..tu.." Suzy tergagap-gagap bersuara.
"Apa yang tu tu?" Zaki menoleh ke arah pandangan Suzy. Mukanya juga berubah setelah dia melihat apa yang dilihat oleh Suzy. Di situlah bermulanya Suzy dan Zaki menerima pandangan maut dari Daaim, dengan Azalea yang tidak tahu akan situasi Suzy dan Zaki, meneruskan kerjanya. "Tu..tu..tuan.."
Thank you semua :) Jangan lupa comment, follow, dan support cerita ni <3
Share this novel