Intan...

Romance Completed 36341

"Serius ni tak mahu abang temankan?.." tanya Amru.Intan membetulkan tudungnya.
"Abang adik nak pergi kerja bukan pergi sekolah.."
kata Intan Nur Natasya."Betul ni?.." tanya Amru.
Mahukan kepastian."Ya...lagipun dah sebulan adik kerja..abang asyik tanya benda yang sama.."
kata Intan."Mestilah abang ada adik seorang je.."
"Abang adik gerak dululah 'Arifah dah tunggu kat luar.." tangan Amru disalam.Ringan kaki Intan melangkah keluar dari bilik.Meninggalkan Amru yang masih tersenyum di birai katil adiknya.
Sekejap saja...masa berlalu begitu pantas.Intan sudah menginjak umur 25 tahun.Dan selama itu jugalah ibu dan ayah meninggalkan mereka.
Ibunya meninggal dunia sejurus melahirkan Intan manakala bapanya meninggal pada hari yang sama kerana terlibat dalam kemalangan sewaktu mahu bergegas ke hospital.
"Ya Allah..kenapa aku ingat balik peristiwa tu...baik aku siap cepat nanti lambat terlepas flight..."

"Pink kau hari ni..." tegur 'Arifah.
"Kenapa tak okey ke?.." tanya Intan.
"Okey...lah.."
Telefon Intan berdering.
"Hello abang kenapa call ni..?" tanya Intan.
Intan menepuk dahi.
"Ha'ah... abang flight hari ni...sorry adik lupa..abang pergi Turki nak adik teman ke?.."
"Ehh..tak payah...abang dah gerak pergi airport ni..adik terus je pergi kerja..cuma minta doa supaya abang selamat sampai dan selamat pulang tu saja.."
"Aamin...abang akan selamat assalamualaikum.."
Intan menarik nafas lega.Nasib abangnya tak marah kerana lupa akan flight tu.
"Abang kau ke call..? " tanya 'Arifah.Intan sekadar mengangguk.

Di KLIA...

"Call adiklah tu..jom nanti terlepas flight habis kita.." kata Daniel Hashim.
"Mesti...dia jelah satu satunya adik dan keluarga yang aku ada.." kata Amru sambil menarik beg rodanya.Begitu juga Daniel.
"Dah 2 tahun kita kawan...sekali pun kau tak pernah tunjuk gambar adik kau..tapi tiap tiap hari duk sebut je pasal adik kau kat aku.."
"Alah...nantilah aku tunjuk..jom tadi kata dah lambat.." Amru mempercepatkan langkah.

Di Hospital...

"Assalamualaikum pak cik...macam mana hari sihat?.." tanya Intan mesra.
"Alhamdulillah..sihat.." kata Dato Azlan.
"Pak cik dah makan ubat?.."
"Sudah.." Dato Azlan menguntum senyum.
Intan membalas senyuman.
Intan memeriksa nadi dan tekanan darah Dato Azlan.
"Okey...tekanan darah tiada masalah so pak cik boleh....."
"Doktor..kecemasan..."
"Errmm pak cik saya pergi dulu nanti saya datang balik.." Intan terus bergegas ke ruangan kecemasan.

"Kenapa ni..?" tanya Intan dan terus memeriksa nadi mangsa."Mangsa kemalangan.."
"Mangsa kehilangan banyak darah dan nadinya lemah...terus bawa ke ICU..." arah Intan.
"Baik doktor..."

Intan menghela nafas panjang..
"Amboi mengeluh nampak...tadi ada orang accident...kau yang operate ke...? tanya 'Arifah.
Intan sekadar mengangguk.
"Wehh...bila abang kau balik?.." tanya 'Arifah.
"Minggu depan kot...kenapa tetiba kau tanya pasal abang aku ni...kau suka abang aku ea??.."
gurau Intan.
"Ishh...kau ni mana ada..saja je tanya...bukan apa aku nak lepak kat rumah kau boleh tak? bosan doh duduk rumah sorang sorang..."
"Alah..datang jelah..macam tak biasa pulak..dulu okey je datang rumah aku..." kata Intan.
"Tu dulu...tapi bila abang kau ada aku jadi segan pulak tetiba..."
"Kau tak payah nak berdalih lagi...dah sah sah kau suka kat abang aku...alah mengaku je...bukannya aku marah pun..."
"Dahlah kau..merepek je...jom lunch.." kata 'Arifah.
"Nak mengelaklah tu..." kata Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience