"Tak adalah banyak sangat barang mekap yang awak beli tadi.." kata Daniel.Biasa kalau shopping..perempuan mahu tak semua dia borong tapi tidak bagi Intan.
"Saya bukan macam perempuan lain...saya tak suka membazir..lagipun nanti habis duit awak dahlah semua barang saya awak yang bayarkan.." kata Intan.
Pertama kali Daniel jumpa seorang perempuan yang tidak suka membazir.Rasa macm tak sia sia kahwin dengan Intan.
"Jomlah kita pergi makan...dah masuk waktu lunch ni..." kata Daniel.
"Ok.." jawab Intan pendek.
"Aunty..." panggil Akma Qistina.
" Akma ke?Sini sini join aunty minum teh..." kata Datin Linna.
Akma mengambil tempat dihadapan Datin Linna.
"Ermm...aunty Daniel mana?call tak angkat pun.." tanya Akma.
"Amboi datang datang terus tanya pasal Daniel.. entahlah aunty tak tahu pula...ni bila balik..?" tanya Datin Linna.
"Malam tadi aunty..sebab tu nak jumpa aunty nak bagi ni.." beg kertas besar dihulur kepada Datin Linna.Beg kertas bertukar tangan.
"Apa ni..??" tanya Datin Linna.
Beg kertas itu dibuka.Beg tangan kulit dari London.
"Limited edition tau aunty..susah nak dapat ni.." kata Akma bangga.
"Terima kasihlah..susah susah je..." kata Datin Linna.
"Kereta siapa pula ni?.." tanya Intan pelik.Kereta Iriz merah depan rumah.
"Takkanlah dia dah balik..." kata Daniel terkejut.
Brek kereta dinaikkan sejurus kereta berhenti.
Daniel keluar dari kereta."Jom.." Intan hanya mengikut Daniel dari belakang.Tangan Intan digenggam agar sentiasa berada disisinya.
Daniel menarik tangan Intan ke halaman rumah.
Seperti yang dijangka...Akma Qistina ada bersama mummynya sedang minum petang.
"Daniel.." jerit Akma.Datin Linna turut memandang Daniel tapi pandangan benci apabila melihat Intan.Intan hanya menunduk dan berdiri dibelakang Daniel.
"Daniel..I miss you so much...wait siapa perempuan kat belakang you..?" tanya Akma pelik.
"Why you pegang tangan dia...hey perempuan kenapa kau pegang tangan Daniel.." Akma cuba mencuit Intan tapi Daniel menarik Intan ke belakangnya.
"Daniel..tell me who is she..?" tanya Akma lagi.
Datin Linna sekadar memandang dari jauh.
"Let me explain..." kata Daniel.
"Yes ...I need your explaination now..."
"She is my wife..." Akma terkejut.
"What!?But Daniel how?Please don't do this to me..you promise yang you akan kahwin dengan I lepas I balik dari London..." kata Akma.
Intan turut terkejut.Betulkah apa yang dia baru dengar...Daniel akan kahwin dengan gadis dihadapannya..Mungkin sebab ni dia terus setuju dengan perkahwinan ini..Dan dia nak mengelak dari terjadi masalah ini...Sampai hati..
Intan melepaskan genggaman tangan Daniel walaupun Daniel menggenggam kemas tangan Intan.Terus Intan masuk kedalam rumah.
Daniel cuba mencapai tangan Intan namun ditepis Intan.Daniel memandang Intan hingga bayang Intan tidak kelihatan.
"Okay...Akma listen to me..please give me time to think about this..." kata Daniel dan mula mengejar Intan di dalam rumah.
Akma yang melihat Daniel pergi...mendengus geram.Datin Linna berjalan kearah Akma.
"Aunty macam ni..?" tanya Akma.
"Jangan risau...Aunty akan pastikan yang Daniel akan tinggalkan perempuan tu.."
"Aunty...are sure about this..?" tanya Akma.
Datin Linna mengangguk yakin.
Tangan Intan ditarik tapi Intan tetap menepis tangan Daniel.
"Dengar apa yang saya nak cakap ni..." kata Daniel.Intan hanya memandang Daniel.
"Dia cuma sepupu saya saja okay...saya pun tak berapa suka dengan dia.."
"So awak jadikan saya untuk halang perkahwinan awak dengan dia.." kata Intan geram.Daniel meggelengkan kepalanya.
"Tak saya ikhlas kahwin dengan awak...tiada kena mengena dengan dia..." kata Daniel dan terus mengenggam tangan Intan.
"Okay kali ni saya pegang kata kata awak..tapi jangan sampai saya hilang percaya dengan awak.." kata Intan.
Share this novel