Seminggu kemudian...
"Macam mana hospital okay??" tanya Amru.
"Okay..tapi lately ni ramai yang accident so penat sikit.." kata Intan dan duduk dihadapan abangnya.
"Abang pulak...macam mana flight...?" tanya Intan.
"Macam biasa je..tiada apa yang menyeronokkan pun..."
"Memanglah abang dah selalu pergi oversaes..."
kata Intan.
"Dah mula dah...pergi tidur esok nak bangun awal kan..." kata Amru.Dengan malas Intan bangun menuju ke bilik...
"Mummy nak Daniel hantar...Daniel pun nak jenguk Daddy..."
"Bagus jugak tu..tak payah mummy bawa kereta." kata Datin Linna.
Di Hospital...
"Mummy jalan dululah nanti Daniel datang.."
Datin Linna terus pergi ke laluan untuk ke wad suaminya.
Daniel berjalan tapi matanya difokuskan pada iphonenya.Tak semena mena Daniel terlanggar seseorang.
"Ya Allah...hey mata awak letak kat mana hah?!..
tengok habis tumpah air ubat kat baju saya...
lain kali mata pandang depan bukan pandang telefon je.." Intan berlalu pergi tanpa mendengar penjelasan Daniel.
"Seriusly...pagi pagi dah kena sound macam ni..."
"Daniel kenapa kamu lambat...daddy..."
"Kenapa dengan daddy.." tanya Daniel panik.
Kelihatan nurse keluar masuk dari bilik Dato Azlan.Daniel menarik tangan salah satu nurse.
"Nurse kenapa dengan daddy saya..?"
"Pesakit dalam keadaan kritikal sekarang ni harap encik dan puan bersabar.."
"Nurse pesakit macam mana?.." tanya Intan.
"Nasib baik doktor datang...pesakit kritikal..." nurse itu menarik tangan Intan masuk ke dalam bilik itu..
"Tu bukan ke doktor yang aku langgar tadi.." bisik hati Daniel.
Hampir 2 jam berlalu..tiada siapa yang keluar dari bilik Dato Azlan sehinggalah...
"Keluarga Dato Azlan sila masuk..."
Daniel dan Datin Linna masuk sejurus diberitahu.
Dato Azlan bernafas seperti nyawa nyawa ikan.
"Abang..." sayu panggilan Datin Linna.
Daniel mengenggam tangan Dato Azlan.
"Daddy please jangan tinggalkan Daniel dan mummy please..." rayu Daniel.Dato Azlan tersenyum.
"Daddy ada satu permintaan.."
"Apa dia daddy...Daniel janji akan tunaikan.."
"Janji?.." tanya Dato Azlan.
"Ya..janji..."
"Daddy nak kamu kahwin dengan doktor tu..."
Dato Azlan menunding jari kearah Intan yang berdiri di birai katil.Daniel terkejut. Begitu juga yang lain.
"Abang...what do you mean marry with her??" tanya Datin Linna.
"Tapi daddy...why?.."
"You promise me..please marry with her...this is my last request..." kata Dato Azlan.
Intan yang masih terkejut dengan kejadian itu terus berlari keluar dari bilik Dato Azlan.
Share this novel