Dugaan yang begitu berat...

Romance Completed 36341

Sudah hampir seminggu Intan dijadikan hamba oleh mertua sendiri.Disuruh buat itu ini..sehingga tiada masa untuk berehat.
Tetapi hari..entahlah Intan begitu penat dan sakit kepala.Kekadang rasa macam nak muntah.
Mungkin kerana perut masuk angin..maklumlah Datin Linna tak bagi Intan menyentuh sikit pun makanan di dapur kecuali sisa makanan Datin Linna sahaja.

"Abang bila abang nak balik...dah seminggu dah datanglah cepat bawa Intan keluar dari 'neraka' ni..." kata Intan sendiri.

"Are you sure about this plan..?" tanya Akma.
"Yes..."
Sabun ditabur diatas lantai bilik mandi.
Rancangan untuk membuat Intan jatuh ketika hendak ambil baldi.
"Aunty ni pandailah..." puji Akma.
"Mestilah...inikan Datin Linna..." mereka tergelak.

"Intan..." jerit Datin Linna.Intan berlari perlahan.
"Nanti kau ambil baju dekat belakang..dalam bilik mandi.." arah Datin Linna.Akma sudah mula terbayang apa yang akan jadi.Intan mengangguk faham dan segera ke bilik mandi belakang.
"Aunty rasa lepas ni dia akan menjerit kesakitan ke?" tanya Akma.
"Mestilah..." mereka bergelak ketawa.
Pintu diketuk.Akma bangun dan menuju ke pintu.
Begitu juga Datin Linna.Pintu dibuka.
"Daniel..?" Akma terkejut.
"Ka..kamu dah balik..." kata Datin Linna tergagap gagap.
"Ya..Daniel dah balik yang mummy ni terkejut kenapa..tak suka Daniel balik.." kata Daniel dan masuk ke dalam rumah.
"Mummy..Intan mana..? Daniel rindulah dengan dia.." tanya Daniel.Akma dan Datin Linna berpandangan.
"Ada...dekat..."

DUUMMM....bunyi kuat di belakang.Daniel terkejut dan terus berlari ke belakang.Akma dan Datin Linna mengikut Daniel ke belakang.
"Intan..." jerit Daniel.Intan jatuh terduduk di atas lantai bilik mandi.
"Abang.." panggil Intan lemah.
"Okay tak..?" tanya Daniel risau.Intan menggelengkan kepalanya.Rasa sakit yang amat.Intan terkejut.
"Da...darah..." kata Intan.Daniel memandang kaki Intan.Betul darah mengalir ke kaki.
"Sakit..." kata Intan perlahan.
"Tahan...abang bawa sayang pergi hospital.." Daniel terus mengendong Intan dan mahu menuju ke hospital.
Akma dan Datin Linna hanya melihat Daniel berlalu pergi namun mata mereka terus tertumpu di lantai.
"Aunty....darah aunty..." jerit Akma dan berlari ke bilik mandi tadi.Alangkah terkejutnya...hampir separuh lantai bilik mandi dipenuhi dengan darah.Datin Linna terdiam.

Daniel berulang alik di hadapan pintu wad kecemasan.Nafasnya naik turun.
Datin Linna dan Akma tiba di hospital.
Daniel berlari kearah Datin Linna.
"Mummy..Danielkan sudah pesan kat mummy supaya jaga Intan elok elok...sekarang apa dah jadi..." marah Daniel.
"You jangan marah mummy you...perempuan tu yang salah jalan tak tengok kiri kanan..."
Daniel menunding jari ke muka Akma.
"Kau jangan masuk campur dalam hal ni..." Daniel memberi amaran.Akma terus terdiam.
Datin Linna turut terkejut.Sudah lama Daniel tidak begitu marah seperti ini sejak 2 tahun yang lepas.

"Daniel..." panggil 'Arifah.
"Doktor macam mana..?" tanya Daniel risau.
"Ikut saya... " Daniel mengikut 'Arifah ke ruangannya.

"Macam nilah...aku cakap ni sebab kau suami kawan aku so harap kau sabarlah.."
"Kenapa kau cakap macam tu...?" tanya Daniel.
"Mesti kau tak tahukan yang sebenarnya Intan pregnant..?" tanya 'Arifah semula.Daniel terkejut.
Bulat mata Daniel.Dia menggelengkan kepala.
"Sebenarnya kandungan Intan sudah masuk 2 minggu...tapi sayang..."
"Kenapa..?"
"She's miscarriage.." kata 'Arifah sedih.

Daniel keluar dari bilik 'Arifah longlai.Kenapa dia tak beritahu aku.Kenapa dugaan ini yang timpa aku.Apa aku nak jawab nanti.
Datin Linna dan Akma berlari mendapatkan Daniel.Daniel terduduk diatas kerusi.
"Kenapa ni Daniel..?" tanya Akma.
"Kenapa..?Kenapa kau tanya isteri aku dah keguguran sebab kau..apa yang kau tak puas hati dengan aku hah!?" tengking Daniel.

"Mummy..I lost a baby mummy..I lost my chance to be a dad..." Daniel menangis dan memeluk Datin Linna.Datin Linna rasa bersalah.
"Ermm suami Doktor Intan..sila masuk.." kata nurse yang bertugas.Daniel meluru masuk.
Ketika Datin Linna dan Akma mahu mengikut Daniel masuk..nurse tersebut menghalang.
"Maaf cik..puan hanya seorang pelawat sahaja boleh masuk...maafkan saya..".kata nurse itu lagi.

Daniel duduk diatas kerusi yang disediakan di sebelah katil Intan.Intan membuka matanya.
"Abang.." panggil Intan.Daniel cuba untuk senyum walaupun dihati begitu sedih dengan apa yang berlaku.
"Bila abang balik...." Intan cuba untuk bangun tapi
"Arghhh..." terasa sangat yang amat di bahagian bawah perut.Daniel menahan Intan dan nasihat agar tidak banyak bergerak.
"Abang kenapa Intan rasa sakit pula ni..?" tanya Intan.
Daniel mengenggam tangan Intan kemas.Intan pelik kenapa suaminya kelihatan sedih.
"Abang kenapa ni..?" tanya Intan.
Daniel menggagahkan diri untuk membuka mulut."Sebenarnya...."

"Nurse nanti bagi pada Doktor Imran.." kata 'Arifah dan menyerahkan fail kepada nurse di kaunter.
" 'Arifah...." 'Arifah menoleh.
"Mana Intan..?" tanya Amru dan menggegarkan sedikit tubuh 'Arifah.
"Kejap Abang Amru..."

"What!?Gugur..?" jerit Amru.'Arifah menganggukkan kepalanya.
"Tapi macam mana..?" tanya Amru lagi.'Arifah mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Ifah tiada idea macam mana Intan boleh gugur...
lagipun 'Arifah ada syak someonelah.."
"Siapa..? Beritahu sekarang biar abang kasi ajar sama dia..." Amru sudah mengepalka tangannya.
"Maybe mertua dia and Akma sepupu Daniel..." teka 'Arifah.
"Kenapa diaorang pula..." Amru pelik.
"Macam ni abang...haritu Intan ada mengadu pasal mertua dia yang anggap dia macam orang gaji...but actually many time she told me yang mertua dia tu memang tak sukakan dia..." jelas 'Arifah.
"Tak akan Daniel tak boleh buat sesuatu.."
"Tu yang 'Arifah pelik..Intan cakap kalau depan Daniel mertua dia layan baik sangat tapi bila Daniel tiada....I don't know what to say..yang pasti dia layan Intan teruk..teruk sangat..."
"Abang macam menyesal setuju Intan dan Daniel kahwin.." kata Amru sedih.
"Abang jangan cakap macam tu...actually Daniel a nice guy..ada satu masa tu Ifah terserempak dengan mereka dekat mall...tapi tengok dari jauh saja...diaorang nampak bahagia sangat.."
'Arifah tersenyum sendiri.Amru memerhati raut wajah 'Arifah.Cantik juga dia ni...dulu masa kecil kecil selekeh.
'Arifah tertunduk ke meja apabila tersedar Amru memandangnya.
"Kita ni bilalah nak bahagia..." kata Amru perlahan.Muka 'Arifah merah padam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience