Bagai perkahwinan kontrak...

Romance Completed 36341

Daniel keluar dari wad...mencari doktor yang Dato Azlan maksudkan tadi.
Intan masih berpeluk tubuh diluar wad.Mindanya masih memikirkan kenapa tiba tiba Dato Azlan mengemukakan permintaan yang tak masuk akal.Takkan sebab nak balas jasa aku kot.Tapi tak mungkinlah...ni sampai aku nak kena kahwin dengan anak dia.Dahlah tu lelaki yang buat baju aku basah.
"Ermmm...Doktor Intan..?"
"Ya saya..." pantas Intan menjawab.
"Saya Daniel...anak tunggal pesakit ni.."
"Tahu...pak cik...ehh maksud saya Dato Azlan ada cerita pasal anak dia pada saya.." kata Intan.
"Ohh..baguslah kalau macam tu..so macam mana..?" tanya Daniel.
"Macam mana apa..?" tanya Intan semula.
"Cadangan daddy saya...nak kita kahwin..."
"Dah sah saya tak setuju..." bantah Intan.
"Please kahwin dengan saya..."
Apa kena dengan mamat ni..kenal pun tak tetiba ajak kahwin...
"Kenapa saya kena kahwin dengan awak pulak.."
"Tolong cuma untuk penuhi permintaan daddy saya...please...fikirkanlah...untuk pesakit awak juga..." kata kata Daniel menusuk kalbu Intan.
Dato Azlan sudah bagaikan seorang bapa bagi Intan.Permintaan bapa mana boleh ditolak.

"Okay...saya setuju...tapi ni untuk pak cik..bukan sebab saya betul betul nak kahwin dengan awak.." kata Intan.Daniel mengukir senyuman.
Daniel terus menarik tangan Intan masuk ke dalam wad.
"Daddy...kami setuju untuk kahwin.." dengan bangga Daniel bersuara.Sudah semestinya Dato Azlan tersenyum bahagia.Namun wajah Datin Linna masam mencuka.
"Kau tunggu...aku akan buat kau menderita seumur hidup kau...perempuan gatal..ada hati nak kahwin dengan anak aku...siap kau aku kerjakan..." bisik hati jahat Datin Linna.

Di rumah...

"Apa!?Kahwin??...Dengan siapa?Kat mana?Bila?"
jerit Amru.Mana tidaknya.Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba adiknya nak kahwin.
"Abang ni cuma sementara..kejap lagi dia datang nak jumpa abang.
"Assalammualaikum..."
"Hah tu dia dah sampai..." kata Intan dan berlari anak ke arah pintu.
"Daniel?.."
"Amru?.." masing masing berpandangan.
"Kau abang Intan ke?Inilah adik yang kau selalu cerita kat aku..." kata Daniel.
"Duduk duduk...adik pergi buat air.." Intan hanya mengangguk dan terus berlalu ke dapur.

"Betul ni kau nak kahwin dengan adik aku..?" tanya Amru pasti.Daniel maengangguk laju.
"Macam selalu aku cerita...Intan ni satu satunya keluarga yang aku ada..so aku harap kau tak lukakan hati dan perasan dia..." jelas Amru lagi.
"Baiklah abang ipar.." kata Daniel faham.
"Rasa janggal pulak kau panggil aku abang.." gelak Amru.
"Hah kau nak makan tadi adik aku ada masak bihun sup...aku tahu kau still belum lunch lagikan...jomlah makan dapat rasa air tangan adik aku..." pelawa Amru.
"Boleh jugak..kau tahu tahu je aku tengah lapar.." kata Daniel.

Dato Azlan dapat keluar dari hospital cuma satu hari sahaja bagi menyaksikan pernikahan anak tunggalnya.Nasib anaknya tidak banyak bantahan.Hanya mengikut kehendaknya.
Walaupun simple dan hanya beberapa orang yang hadir..tetap menggembirakan hati Dato Azlan.Ada sebab sebenarnya kenapa Doktor Intan menjadi pilihan hatinya untuk dijadian menantu.Doktor Intan.Doktor yang mempunyai reputasi dan sikap yang bagus.Perwatakkan yang mesra dan lembut menyenangkan hati hampir kesemua pesakit dihospital termasuklah dirinya.

Selepas majlis nikah...

"Awak duduk sini sekejap saya tukar baju kat atas.." kata Daniel dan menaiki tangga menuju ke bilik.Intan hanya berdiri memerhati sekeliling rumah Daniel.Rumah ke istana ni...luas dan besar.
Bahu Intan ditolak kasar.Nasib tak terjatuh.
"Hey perempuan...kau jangan ingat kau dah kahwin dengan anak aku...aku akan terima kau..
sorry sikit kau bukan menantu pilihan aku..."
Sehelai kertas dihulur kepada Intan.Kontrak?
"Aku nak kau sign kontrak ni dan ingat jangan bagitahu Daniel...kalau tak nahas aku kerjakan.."
ugut Datin Linna.Intan hanya menurut.
Walaupun cuma mak mertua...dia tetap mak..
Setelah baca isi kontrak itu..Intan terus menurunkan tanda tangannya.
"Mummy...borak apa dengan Intan?" tanya Daniel sejurus dia menuruni tangga.
"Tiada apa..dah mummy nak tidur penat..." Datin Linna terus menuju ke arah biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience