Seperti yang disangka...hari ini Akma datang ke rumah Daniel.
"Aunty...how are you..? tanya Akma tanpa memberi salam terus masuk ke dalam rumah.
"Eh..Akma come darling..." kata Datin Linna mesra.Akma melabuhkan punggungnya disebelah Datin Linna.Kotak berisi biskut diserahkan kepada Datin Linna.
"Mama bagi..and dia say sorry...dia still tak dapat jenguk aunty kat sini.." kata Akma.
"It's okay...maybe dia boleh datang lain kali..." kata Datin Linna.Akma lega dengan kata kata Datin Linna.
"Aunty..Akma pergi dapur dulu..hidangkan biskut ni.." kata Akma dan bergegas ke dapur.Datin Linna mengangguk dan melihat Akma berlalu ke dapur.
Intan yang sedang mengelap meja terkejut apabila Akma menghempas kotak biskutnya di atas meja.
"Hey perempuan...kau ambil pinggan sekarang.. aku nak.." kata Akma menyampah.
Intan menahan sabar dan hanya mengikut kehendak Akma.Pinggan dicapai dan diletakkan diatas meja.
"Terhegeh hegeh..ambil pinggan pun lambat..." kata Akma.
"Sabar Intan sabar ni semua dugaan.." bisik hati Intan.
"Hey pergi buat air..." arah Akma.Intan hanya menurut.
"Awak kenapa awak ada kat dapur jom...keluar.." kata Daniel.Akma yang terkejut dengan kehadiran Daniel terus mengambil jag dari tangan Intan.
"Tak apa...ni biar saya yang buat...awak pergilah keluar dengan Daniel.." kata Akma.Intan pelik.
"Amboi bila ada Daniel...bukan main baik lagi..? kata hati Intan.Daniel terus menarik tangan Intan keluar dari dapur.Apabila bayangan Daniel sudah tiada...Akma terus menghentak jag di atas meja.
Akma menatang dulang ke ruang tamu.Tetapi mukanya masam mencuka.
"Kenapa masam ni sayang...?" tanya Datin Linna. "Aunty...Akma tak puas hatilah.."
"Kenapa pula ni...?" tanya Datin Linna lagi.
"Daniellah...dia macam nak buat Akma jealous aunty...ei sakit hati...Daniel tak pandang Akma pun tapi dia asyik pandang perempuan tu saja... mana tak Akma sakit hati.." adu Akma.
"Alah biasalah tu...cuma sementara saja..."
"Sementara??Aunty what do you mean..?" Akma tidak mengerti dengan apa yang Datin Linna cuba sampaikan.
"Yes sementara..Akma kan aunty dah cakap hari tu..walau apa cara sekali pun Akma akan jadi menantu aunty.." kata Datin Linna.
"Lega sikit hati Akma dengar aunty cakap macam tu..sebab tu Akma sayang sangat kat aunty.." kata Akma dan memeluk tubuh Datin Linna.
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Intan.
"Awak cakap nak pergi mana..saya akan bawa.." kata Daniel.
"So kita tiada hala tujulah ni.." teka Intan.
Daniel segera mengangguk.
"Okay awak tak akan menyesal kalau saya nak pergi banyak tempat.." kata Intan.Daniel mengangguk laju.
"Awak jangan cakap yang awak penat pula.." kata Intan lagi.Daniel tersenyum.
"Jangan nanti awak pula yang penat.." kata Daniel perlahan.
"Apa awak cakap...saya tak dengar..."
"Tiada apa...cepatlah kita nak pergi mana?.."
"Alah jangan menyesallah...apalah..sekarang ni dia yang penat...siap boleh tidur pula tu.." kata Daniel sambil sesekali memandang Intan yang lena dikiri tempat duduk kereta.
Perlahan Daniel menarik brek keatas.Kemudian matanya terus beralih kearah Intan.
Memerhati raut wajah isterinya.Daniel terus keluar dari kereta.
Daniel melangkah dengan berhati hati dan terus ke bilik.Tetapi ini bukan rumah mummynya tetapi rumahnya sendiri.Sebenarnya Daniel mahu beri kejutan ini kepada Intan...tapi nak buat macam mana...tertidur pula dia ni.
Perlahan Daniel menurunkan Intan daripada gendongannya.Selimut ditarik menutupi tubuh Intan.Kepala intan dihusap lembut.
Intan mengeliat sepuasnya.Lena sungguh dia tidur.Intan terduduk diatas katil.Memerhati keadaan sekeliling.Rasanya ni bukan bilik Daniel..kalau nak cakap biliknya...jauh sekali.
"Aku kat mana ni..? " tanya Intan sendiri.
"Awak kat bilik sayalah mana lagi.." kata Daniel.
"Bukan bilik awak la......" Intan memandang Daniel.Cepat cepat Intan mengalihkan pandangannya.
"A....a..awak ni kenapa...?" tanya Intan malu.
"Kenapa apa..? Saya baru lepas mandi.." kata Daniel dan mengelap rambutnya yang basah.
Nafas Intan tidak menentu apabila melihat Daniel yang hanya berbalutkan tuala.
"Kenapa...awak tergoda ehh..tengok saya.." usik Daniel.Daniel berjalan menghampiri Intan.
"Saya tergoda..?Tolonglah..." nafi Intan.
"Jujur sajalah...saya bukan marah pun.." Daniel berbisik di telinga Intan.Intan terkejut.
"Pergilah mandi...nanti kita breakfast sama sama.." kata Daniel.Nada suara Daniel boleh mencairkan mana mana gadis.
Terus Intan berlari masuk ke dalam bilik air.
Daniel tergelak melihat telatah Intan.
Intan melihat dirinya di hadapan cermin.Naik turun dadanya.Jantung pula berdegup laju.
"Ingat Intan...kau cuma boleh layan dia baik..jangan jatuh cinta kat dia..." bisik hati Intan.
Intan menggelengkan kepalanya berkali kali.
"Kau boleh buat Intan..okay you can do it.."
Share this novel