Apa salah ku...?

Romance Completed 36341

Suasana di tanah perkuburan Islam begitu hening.Sedih.Intan dan Daniel masih tidak berganjak.
Kepala Intan ditolak kasar.
"Hey perempuan...kalau kau tak masuk dalam keluarga aku semua tak jadi macam ni tau.." marah Datin Linna.Daniel terkejut terus memeluk Intan.
"Kenapa mummy layan dia macam ni..?" tanya Daniel sedikit marah.Akma dibelakang Datin Linna memandang Intan menyampah.
"Daniel...dengar sini...kalau perempuan ni tak masuk dalam keluarga kita...daddy still hidup lagi.." kata Datin Linna.
"Astagfirullahhalazim..mummy mengucap..ini semua ketentuan Allah...tiada kena mengena dengan Intan.." Daniel menyebelahi Intan.
Intan tidak mampu berbicara.Sebak didada masih ada kerana kehilangan Dato Azlan yang sudah dianggap sebagai seorang bapa.
"So Daniel nak salahkan mummylah ni..."
"Bukan macam tu mummy..ajal dan maut Allah yang tentukan...Intan cuma merawat selagi mana yang dia mampu.."
Datin Linna masih tak puas hati dengan Intan.
"Mummy Daniel tak mahu gaduh dengan mummy kat sini...tanah kubur daddy still merah lagi..Daniel tak mahu peristiwa 2 tahun lepas berulang kembali.." kata Daniel.
Perlahan Daniel membantu Intan bangun untuk pulang ke rumah.

Di Rumah....

Intan masih termenung di hadapan cermin.
Memandang dirinya.Hina sangatkah diri ini..sehingga ibu mertua sendiri begitu benci dengan dirinya.Atau memang salah aku sampai daddy meninggal...aku begitu leka sehingga daddy pun aku abaikan...

Perlahan tangan Daniel disilang ke pinggang Intan.Dagu mendarat di bahu kanan isterinya.
"Semua ni salah saya ke..?" tanya Intan.
"Bukan...macam yang abang cakap tadi ni semua ujian bagi kita.." tiba tiba Daniel membahasakan dirinya abang.Mahu melihat apa reaksi Intan.
"Tapi kalau saya tak leka..mungkin daddy masih hidup lagikan..." tangan kanan Intan Daniel genggam.
"Tidak semua perkara yang kita nak kita akan dapat...dan tidak semua orang yang kita sayang akan selamanya dengan kita..macam abang hari ni abang ada kat sini..tapi mungkin esok abang dah tiada..kita tak tahu.."
"Abang jangan mengada cakap macam tu...Intan nak abang selalu ada untuk Intan...saat Intan sedih atau gembira..." kata Intan.
Berbunga hati Daniel Intan sudah mula memanggilnya dengan gelaran 'abang'.
"Okay abang janji..." kata Daniel.Intan lega Daniel sudah berjanji untuk bersamanya selalu.
"Jom tidur penatlah" kata Daniel manja.Intan melepaskan silangan tangan Daniel.Badannya pusing menghadap Daniel.Tangan Daniel dicium.
"Abang maafkan Intan kalau Intan ada buat dosa dengan abang.." kata Intan.Tangan kiri Daniel menghusap kepala Intan.
"Abang dah lama maafkan.." kata Daniel. Intan memandang Daniel.Intan mengukir senyum.
"Nak tidur...?" tanya Daniel.Intan menganggukkan kepalanya.Daniel menarik tangan Intan ke katil.

Daniel mencelikkan mata.Terasa tangan kanannya sedikit kebas.Rupanya Intan masih terlena berbantalkan lengannya.Memandang wajah isterinya.Begitu indah ciptaan Tuhan yang diberi kepada ku.

3 minggu kemudian...

"Abang...boleh tak kalau Intan stay je kat rumah..
tak perlu sampai ke rumah mummy.." kata Intan.
"Intan...abang risau kalau Intan duduk kat rumah seorang diri..." kata Daniel.
"Abang Amrukan ada...Intan boleh duduk kat sana..." Intan tetap berkeras tidak mahu ke rumah Daniel.
"Sayang..lupa ke...kan abang sama flight dengan Amru...tapi abang janji..seminggu je okey.." kata Daniel.
Intan terpaksa akur dengan kata suaminya.
"Okey...tapi seminggu je kan tak lebih.." kata Intan.Daniel mengangguk.
"Lepas ni abang hantar sayang pergi rumah mummy okay..?" kata Daniel.

Intan menyalam tangan Daniel.
"Mummy minta tolong tengok tengokkan Intan.." kata Daniel.Datin Linna mengangguk dan tersenyum.Tidak berani Intan menoleh kebalakang.Intan melambaikan tangannya.
"Bye abang..." Daniel melambaikan tangannya semula dan masuk kedalam kereta.
Setelah kereta Daniel tidak kelihatan..tangan Intan ditarik kasar ke dalam rumah.

Senyuman tadi sudah hilang di wajah Datin Linna.Perwatakkan bengis sudah menguasai diri Datin Linna.
"Mulai hari ini kau...orang gaji kat rumah ni...bilik kau kat belakang.." kata Datin Linna dan menolak bahu Intan dengan kasar.

"Aunty..." panggil Akma.Akma terus ke ruang tamu kerana tahu waktu sekarang ni pasti Datin Linna sedang minum petang.Dia terus mengambil tempat disebelah Datin Linna.
"Aunty mana perempuan tu...?" tanya Akma.
"Ada kat dalam...Intan..." panggil Datin Linna.
Intan terus ke laman rumah.
"Ada apa datin..?" tanya Intan.
"Ada apa? Kau tak nampak ada tetamu ni pergilah buat air..." marah Datin Linna. Intan hanya menurut lalu masuk ke dalam rumah.
"Dia jadi orang gaji aunty..oh my god memang sesuai sangat.." gelak Akma.Intan berlari anak ke luar sambil menatang dulang berisi jus oren.
Tapi kerana tersilap langkah..jus oren tersebut tumpah di gaun merah Akma.Datin Linna terkejut.
"Oh my god...hey buat kerja tu biar cermat sikit tengok habis baju I...aunty...aunty kena ajar sikit orang gaji aunty ni..." marah Akma.
"Hey..mak bapak kau tak ajar buat kerja dengan betul ke hah!?.." kepala Intan ditolak kasar.
"Mahal I beli baju ni.." marah Akma.
"Dah sayang nanti aunty belikan baju baru..."kata Datin Linna.Datin Linna dan Akma berlalu keluar dari rumah.
Sakit dihati tidak dapat ditahan.Air mata mula jatuh ke pipi.Ya Allah...kenapa Kau berikan aku dugaan yang sebegitu berat untuk aku hadapi..
Kau kuatkanlah hati ini agar aku boleh menempuh ujianMu dengan sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience