Kejadian yang tidak di sangka...

Romance Completed 36341

Perkahwinan Daniel dan Intan sudah menginjak sebulan.Lama tidak mendengar khabar abangnya.Sihatkah dia?Apa yang dia makan selama aku tiada?...
"Awak...esok jom.."
"Esok?...nak pergi mana..?" tanya Daniel pelik.
"Jenguk abang Amru...jomlah..." kata Intan sambil menggegarkan lengan sasa Daniel.
"Ohh...boleh lagipun esok hujung minggukan..." kata Daniel.Intan mengukir senyum.

Pintu yang diketuk kuat...Amru buka.
"Abang...." Intan terus memeluk Amru.Amru membalas pelukan adik kesayangannya.Intan melepaskan pelukan.
"Masuklah dulu kalau ya pun...bro masuk..." pelawa Amru.Intan masuk kedalam rumah begitu juga Daniel.
"Sorrylah..rumah bersepah sikit..." kata Amru.
Daniel dan Intan duduk di atas sofa.Amru turut sama.
"Macam mana pengantin baru..?" tanya Amru.
"Pengantin baru apa..dah sebulan kahwin.." kata Daniel.Intan hanya mengangguk setuju.
"Ya ke..?Sorrylah abang tak ingat..." kata Amru.
"Abang tak kerja ke..?" tanya Intan.
"Kerja...semalam baru balik.."
"Terbang ke mana...?" tanya Intan lagi.
"Dekat je...Jepun..." kata Amru.
"Wah bestnya...abang adik buat airlah..." kata Intan dan berlalu ke dapur.

"Macam mana adik aku...dia ada buat hal tak?" tanya Amru perlahan.
"So far ni okaylah..cuma haritu ada sikit salah faham tapi jangan risau semua dah settle.." kata Daniel.
"Salah faham..?Pasal apa?.." tanya Amru.
Daniel menggelengkan kepalanya.
"Kau kalau adik aku buat hal..beritahu aku..aku tahu macam mana nak sekolahkan dia.." kata Amru.

"Awak borak apa dengan abang...?" Intan.
Daniel tidak menjawab sebaliknya dia senyum.
"Ke awak mengumpat atau mengadu pada abang pasal saya..." teka Intan.
"Mana ada..." nafi Daniel..

"Macam mana ni aunty...dia tak balik semalam.." kata Akma.
"Aunty rasa mesti dia pergi sana.." teka Datin Linna.Akma pelik.
"Mesti dia balik rumah dia..." kata Datin Linna.
"Sejak bila dia ada rumah lain aunty..." tanya Akma.Datin Linna mengangguk laju.

Di Hospital...

"Doktor...ni laporan mengenai pesakit wad 217.." kata seorang nurse apabila Intan sampai di kaunter.Intan mengambil laporan tersebut.
"Jadi pesakit ni boleh keluar pada ha..."
"Doktor ada pesakit kritikal..." jerit nurse yang berlari mendapatkan Intan.Intan berlari menuju wad pesakit yang kritikal tersebut.

"Kenapa ni nurse..?" tanya Intan gelisah.
Nafas Dato Azlan tidak menentu.Denyutan jantung bertambah laju daripada biasa.Intan begitu panik.
"Macam mana ni doktor..?" tanya nurse tersebut.
"Panggil Doktor 'Arifah....yes 'Arifah..panggil dia sekarang.." nurse mengangguk dankeluar mencari 'Arifah.

Intan mengurut dahinya.Pening.
"Awak daddy kenapa...?" tanya Daniel sejurus tiba di hadapan wad Dato Azlan.
"Saya...saya tak tahu...saya susah hati sekarang ni...kepala saya pening..." kata Intan.
Daniel duduk di sebelah Intan.Tangan Intan digenggam erat.
"Saya pun susah hati juga..tapi kita kena sabar..." kata Daniel mahu menenangkan hati Intan.
"Doktor jenis apa saya ni...mertua sendiri tak pandai jaga betul betul...saya memang tak guna...tak guna..." jerit Intan.Daniel menarik Intan ke dakapannya.Intan menangis dalam dakapan Daniel.
"Saya memang terukkan..?" tanya Intan.Daniel melepaskan Intan dari dakapannya.Daniel menggelengkan kepalanya.
"Mana ada...ni semua ujian dari Allah untuk kita.." terang Daniel.Air mata Intan dikesat.Intan memandang mata Daniel.Mata Daniel ditatap lama.

"Intan..." panggil 'Arifah.Intan tersentak.Daniel dan Intan bangun.
"Fah..macam mana semua okeykan...?" tanya Intan.'Arifah tidak mampu berkata apa apa tapi hanya mendiamkan diri.Intan menggegar tangan 'Arifah.
"Fah...aku tanya ni..." kata Intan.
"I'm so sorry...aku tak dapat tolong lagi dah...pesakit tu....pesakit tu..."
"Kenapa dengan mertua aku..."
"Dia dah meninggal....nothing that I can do to save him...sorry..." 'Arifah sebenarnya tak sampai hati mahu beritahu.Tetapi Intan terlalu mendesaknya.'Arifah tahu yang Intan sangat sayangkan Dato Azlan.

"This is a letter from him...sebelum dia hembus nafasnya yang terakhir.." 'Arifah menghulur sepucuk surat.Surat itu Daniel sambut.Intan terduduk dilantai.Dimana lagi dia mahu menumpang kasih dari seorang bapa.Dimana lagi tempat dimana dia mahu mengadu mengenai permasalannya.

"Lepas ni kita pergi situ ya aunty.." kata Akma.
"Okay...anything for you...kejap..." Datin Linna mencari telefonnya yang berdering didalam beg tangan.
"Daniel call....hello..ya sayang ada apa..?"
Raut wajah Datin Linna berubah telefon terlepas dari genggamannya.Mata sudah berkaca.
"Kenapa ni aunty..?Something happen..." tanya Akma pelik.

"Daniel...mana daddy..?" tanya Datin Linna tercungao cungap.Daniel memandang Datin Linna.Sedih di hati tidak dapat ditahan.Jelas terpancar dimuka Daniel.
Datin Linna memandang satu tubuh yang diselimutkan dengan kain putih.Dia terduduk di kerusi.Akma turut terkejut dengan kejadian itu menekup mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience