3

Drama Series 3704

Kesian pula Nea. Tadi aku marah dia, last-last sampai sekarang tak keluar dari bilik sebab merajuk dengan aku. Tak pun dia malu dengan Ein sebab dia kena marah depan Ein.

"Nea...bukakla pintu ni, sayang." Aku mengetuk pintu biliknya sambil memujuk.

"Tak nak! Mama jahat! Mama marah Nea! Mama dah tak sayang Nea! Nea ni anak kutipan kan? Mengaku je lah! Mama tak pernah marah Ein. Asyik marah Nea je. Benci mama!" Jeritnya. Aku mengeluh.

"Nea...mama sayang Nea. Nea sayang, Nea dari perut mama, bukan anak kutipan."

Nea membuka pintu.

"Nea, Nea ok kan? Nea, mama sa..." belum sempat aku habiskan ayat aku, Nea berlalu pergi duduk di atas sofa.

"Nea! Nea ni memang nak kena lah! Nea tau tak mama penat ambik Nea balik sekolah, masakkan untuk Nea. Semua yang Nea nak mama buatkan. Mama nak pujuk Nea, Nea tak nak." Ujarku lalu berdiri di sebelahnya. Mata si anak sibuk menonton televisyen drama Pujaan Hati Kanda.

"Hesy Pali ni. Sibuk jela kacau Tiara. Tak pasal-pasal Tiara trauma. Danny cepatlah muncul bawak Iqy..."

Aku terkejut. Khusyuknya budak ni tengok Mira Filzah dengan Remy Ishak.

BANYAK betul kerja aku kena buat. Kejap lagi kena hantar dekat bos. Hesy...rindu pula nak kerja dekat syarikat arwah papa. Syarikat E-Karya Haris Sdn. Bhd. yang sangat terkenal.

Sedang aku menulis catatan di buku, Tuan Ashamudin muncul di hadapan bersama seorang lelaki.

"Beri perhatian semua. Saya nak perkenalkan pekerja baru, nama dia Danis Khan."

Aku berdiri. Mata pekerja baru itu tepat memandangku, lalu memandang meja kosong di hadapanku. Seolah dia ingin duduk di situ.

"Danis, duduk dekat situ ya. Arissa, tunjuk ajar pada Danis."

Aku mengangguk. Danis berjalan duduk di hadapanku.

"Hai, my name is Danis Khan Abdul Manaf. You can call me Ayis." Danis menghulurkan tangannya. Aku tersenyum seraya berkata,

"Sorry, i'm married and haram. But my name is Arissa, you can call me Rissa."

Kelihatan Danis tersenyum nakal. Aku mula tak sedap hati. Entah apa dia buat dengan aku kelaknya.

"So, sekarang apa yang saya boleh buat?" Soalan Danis buat aku mengeluarkan peluh. Hmm...

"Aaa..sekarang apa yang awak perlu bu..." Tanganku terasa seperti dipegang.

"I just want you."

Cepat-cepat aku menarik tangan keluar dari pegangannya. Ya Allah astraughfirullahalazim... Sabar Rissa, sabar....Sabar tu separuh dari iman...

BALIK saja dari ofis, Danis ajak aku pergi makan. Aku wasap Azfar dulu, yela keluar tanpa izin suami mana boleh. Azfar kata boleh aku on je lah.

Haih...Danis cakap dia akan tunggu aku. Bole pulak dia tanya, awak bila nak bercerai? Ketap bibir jelaaaa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience