13

Drama Series 3704

AKU menjerit sekuat hati. Ya Allah! Aku rasa aku diculik. Dan... semuanya hitam!
MATAKU terbuka. Kelihatan Danis berpakaian baju nikah. Aku pun sama.

"Danis?" Aku mengungkap namanya. Danis senyum lalu ke arahku.

"In 5 minutes, you will be my wife."

Aku terkejut. Wah! Wife? No way! Isteri kepada 2 orang lelaki? Oh my godness!

"Danis, you jangan main-main." Kataku.

"Ya."

"Danis, tok kadi panggil," kata seseorang lelaki. Suara tu.. suara Azfar! Ah! Pening!

"Jom, Ris." Danis mengajakku. Aku bangun dalam keadaan tak percaya. Aku terus ke tempat wanita. Aku duduk dan tak percaya. Azfar duduk di sebelah Danis.

"Danis Khan bin Ahmad Khan, aku nikahkan dikau dengan Nur Arissa binti Dato Haris dengan mas kahwinnya RM 3400 ringgit tunai..."

"Aku terima nikahnya Nur Arissa binti Dato Haris dengan mas kahwinnya RM 3400 ringgit tunai..."

Aku pening.

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah," kata Tok Kadi. Semua menadah tangan dan mengaminkan doa Tok Kadi. Aku menitiskan air mata.

Selepas itu, sesi bergambar pula. Aku berdiri di sebelah Danis. Dia memegang pinggangku dengan kuat. Aku hanya senyum pahit.

Aku terus ke tepi kolam yang terdapat di masjid itu. Aku mencubit pipi berkali. Namun entah mengapa aku sedar sampai sekarang, bukan bermimpi.

"Arissa!" Kedengaran suara Azfar memanggilku. Dia mendekati aku.

"Abang, betul ke kita bukan suami isteri lagi..." Aku memandang wajahnya. Dia mengangguk, membuatkan aku mengerut dahi.

"Tapi abang, sejak bila abang ungkapkan lafaz cerai dekat Rissa?"

Azfar hanya tersenyum. Aku semakin pening.

Aku mengingat kembali. Ya! Dia ada ungkapkan kata cerai!

"Tapi kenapa abang tak bagi ruang dekat Rissa untuk relaks, dan kenapa abang tak ... abang tak bagi Rissa masa yang sesuai untuk berkahwin sekali lagi?"

"Abang taknak Rissa sendirian," jawabnya.

"Abang balik dulu," sambungnya lagi.

Aku mengekori dari belakang. Sampai di pagar, aku memberi salam, tapi aku risau jika dia terapa-apa. Aku mengikutnya. Dan... tiba-tiba...

PON... KCING!

Darah mengalir di tubuhku. Pandanganku menjadi samar-samar. Danis memanggilku. Aku menoleh ke arahnya dengan mata yang kecil.

"Abang... Abang... " aku memanggil Azfar. Lalu, pandanganku malap.

KEPALAKU terasa dibalut sesuatu. Aku membuka mata dan melihat Danis di sebelahku.

"Danis..." aku memanggilnya.

"Ya, Ris." Danis mencium tanganku.

"Azfar... Azfar mana?" Aku menjadi tak tentu arah. Terus aku berdiri dan mencari Azfar.

"Azfar! Azfar!"

Tiba-tiba aku ternampak sebuah katil yang dibawa oleh nurse-nurse.

"Nanti!" Aku berlari ke arah nurse itu.

"Nurse... izinkan saya buka selimut ni," kataku, merayu untuk membuka selimut itu.

"Baiklah," jawab salah seorang nurse. Dengan hati yang berdebar, dengan tangan yang terketar-ketar... aku membuka selimut itu perlahan. Nampak saja mata jenazah yang tertutup rapat itu, aku menggeleng dan memejam mata. Dan aku membuka lagi.

Wajah Azfar... jenazah itu ialah Azfar! Aku meraung.

"Abang!!! Kenapa abang tinggalkan Rissa... Abang, bangun abang! Bangun!" Aku menggoncang tubuhnya.

"Abang! Abang!" Aku menggoncang berkali-kali. Nurse di sebelah aku menangis, begitu juga yang lain. Ein berlari ke arah aku dengan Cikgu Mastura.

"Mama!!" Ein memelukku.

"Papa mana?" Ein menyoalku. Aku terus menggeleng.

"Papa dah takda.. Papa meninggal," ujar ku. Ein menggeleng dan menumbukku.

"Mama tipu! Mama tipu! Mama tipu..."

Aku memeluk Ein dan mengusap kepalanya. Dia terus menggoncang tubuh Azfar.

"Papa! Jangan tinggalkan Ein! Papa! Papa.." Aku memeluk Ein sambil memejamkan mata. Aku menitiskan air mata. Dia meraung.

"Arissa! Ein!" Danis memanggil kami. Aku terus membawa Ein ke arah Danis. Dia berlari ke arah Danis dan memeluk lelaki itu. Ein memang dah kenal Danis. Jadi tak sangsilah Ein dekat Danis.

Danis memelukku. Nurse-nurse itu menutup kembali wajah Azfar dan membawa jasad itu ke bilik mayat. Aku menangis. Danis mengusap kepala ku dan Ein.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience