16 (AKHIR)

Drama Series 3704

AKU duduk di atas pondok. Dapat kulihat malam yang indah sebegini.

"Abang..." mataku ternampak kelibat Azfar. Dia duduk di sebelahku. Aku memegang tangannya.

"Abang.. mana abang pergi?" Aku memandang wajahnya.

"Rissa happy?" Azfar memandangku. Aku mengangguk.
Dia mengelap air mataku yang jatuh.

"Abang harap, Rissa kekal mencintai Danis."

Aku mengangguk. Mataku ralit memerhatikan wajahnya.

"Mama!" Ein dan Nea berlari ke arahku. Nea mendukung Hadira yang baru masuk 56 hari.

"Mama, comellah Hadira!" Nea mencium Hadira. Aku mengambil Hadira dari tangan Nea. Aku baru sahaja mahu tunjukkan Hadira kepada Azfar, namun dia hilang. Aku senyum manis.

Danis duduk di sebelahku.

"Sayang, menung apa tu?"

Aku menggeleng.

"I promise, I always love you. Just you in my heart," ujarnya. Aku senyum.

"Siapa yang nak main, jom masuk!!!" kataku dan semua lari masuk ke dalam rumah. Aku membaling - baling bantal dan semua membalas. Kemudian setelah penat kami duduk. Aku memeluk semua orang, dan Danis memeluk aku. Azfar menghampiri dan memeluk aku. Aku senyum manis. Bahagia...

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience