8

Drama Series 3704

MATAKU memandang sebungkus bunga yang hanya terletak di atas meja ku sejak ku masuk ke dalam pejabat. Mataku tertarik dengan sekeping kad yang berwarna kuning lantas ku capai. Tertera nama ku.

To : Arissa Dato Haris

Please give your heart to me... now my heart only have you.

-Danis-

Aku cepat-cepat buang bunga tu.

"Eh, Cikgu Arissa, kenapa dibuangnya bunga tu?"
Tanya Cikgu Mastura yang kebetulan lalu di hadapanku.

"Ouh ini orang yang tak faham saya tak nak dia." Jawabku.

Cikgu Mastura hanya ketawa seraya menggeleng kepalanya. Dia kembali duduk di mejanya.

"Haih poning kopalo den ni hah. Perangai bebudak tadi nakal nauzubillah sadakallahulazim!"

Aku ketawa kuat. Cikgu Mastura juga ketawa.

"Awak tak ada ke terima job berlakon?"

"Saya tak suka berlakon dalam cerita tak berkualiti." Kataku. Eh ko ni confident je ye!

"Hehehe yela saya faham juga."

Aku hanya mampu mengukir senyuman. Cikgu Mastura mengambil pen merahnya lalu menanda buku murid-muridnya. Aku juga buat perkara yang sama. Tiba-tiba, telefonku berbunyi mesej.

NEA SAYANG : Mama, tonight I'll back Malaysia, 9.00 pm. Can you take me at airport Senai?

MAMANEA : Ouhh you come back finally! Yeah I can.

Aku menutup phone lalu menyambung kerja.

"Cikgu Arissa, malam ni saya ada buat majlis berinai. Lusa nak nikah. Jemput datang ya. Pukul 9.00 malam." Kata Cikgu Mastura. Aku mengangguk. Eh, 9.00 malam... apa yang aku kena buat 9.00 malam ni? Em... lupalah! Aku cuba mengingati. Namun lupa juga. Ah, mungkin tak ada kut.

"Buat dekat mana?" Tanyaku setelah lama kubiarkan.

"Rumah. Nanti saya wasap." Jawabnya. Aku mengangguk lalu menyambung kerja.

BALIK saja dari sekolah, aku memberitahu Azfar yang aku dijemput hadir ke majlis berinai Mastura. Azfar membenarkan, dia pesan juga jangan lasak sangat sebab aku mengandung, kan.

Ini kali aku mengenakan baju kurung berwarna turcoise yang aku gunakan semasa pergi majlis kahwin Aunty Jay. Dah lama juga baju ni. Hm...seingat aku baju ni arwah nenek yang bagi. Rindu pula arwah nenek aku.
Tudung pula aku pilih tudung bawal. Senang je.

Lepas siap, aku terus keluar dan melambai suamiku. Sesampai dirumah Mastura, aku terus duduk di sebelahnya. Aku terlambat sikit, jadi aku hanya menyaksi dia melukis corak di tangan je lah. Jari dah diinai.

Aku hanya menguap sebab ada makan-makan. Orang lain tak kenal aku so aku kesana kesini jelah. Mastura pula sibuk berinai jadi takkan aku nak ganggu. Haih apa punya majlis lah ni!

Sedang aku syok berbual dengan sorang perempuan ni, tiba-tiba ada bunyi hon dari luar rumah. Aku terus check, sekali... Azfar suruh aku balik. Aku pun balik lah naik kereta aku. Menggelupur aku ikut kemana kereta dia pergi, last-last pergi airport Senai. Wait... eh, ada apa sampai ke airport Senai ni? Ada apa ek...

Habis parking, aku kejar Azfar. Bila sampai sisi dia, aku tanya apa hal sampai bawa ke airport Senai ni. Dia kata aku sepatutnya ambik Nea. Oh! Alamak bosskur, habislah habislah double habislah ni!

"Mama, Nea dah mengantuk tau."

"Sorry sayang mama tertidur tadi." Aku terpaksa membohong. Nea menggosok matanya.

"Abang, nak kemana lepas ni?"

"Balik jelah. Nea kan dah mengantuk."

Nea mengangguk. Azfar menggosok kepala Nea. Aku mencium pipinya.

DI rumah, aku menepuk-nepuk (senang citer bobok) si Nea. Ein dah lama tidur. Aku pun masuk tidur lepas aku terlelap dekat bilik dorang. Haih...memenatkan. Masa aku masuk tidur, Azfar masih mengeteh dengan kawan dia dekat kedai mamak. Takkan nak tunggu dia balik. Aku tidur jelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience