10

Drama Series 3704

AKU melabuhkan punggung di atas sofa. Melepaskan rasa penat sejak tadi. Huh! Baru episod 2, kena berlakon lagi empat belas episod. Yargh!!!

Sedang aku memejamkan mata, tiba-tiba Nea dan Ein muncul di tepi aku.

"Mama...Ein lapar..."

"Nea pun sama."

Aku senyum. Lalu aku terus mengambil makanan di dapur dan bawa ke meja makan. Nea dan Ein laju menyuap makanan itu ke mulut mereka.

"Mama suapkan." Kata Ein. Aku patuh.

"Ein, betul-betullah makan." Kataku apabila Ein buat-buat tidak mahu.

"Kenyanglah mama." Kata Ein. Aku meletakkan pinggan di atas meja lalu terus ke sofa. Baru sahaja mahu melabuhkan punggung, Ein berkata lagi.

"Mama, suapkan."

Aku mengeluh.

"Ein...mama penatlah. Jangan buat mama pening boleh tak? Kasi mama rehat. Tadi Ein yang cakapkan dah kenyang, sekarang nak suruh mama suapkan semula. Mama penat Ein tau tak? Suap sendiri. Tengok Kak Nea, boleh je suap sendiri. Ein kan dah besar." Ujarku.

Melihatkan muka Ein yang sedih, aku kembali ke sebelahnya semula. Tapi aku hanya mampu mengatur langkah secara perlahan, letih.

"Mama ni cepat sikit jalan boleh tak? Lembab betul mama ni! Macam siput babi!" Katanya. Aku tetap meneruskan langkah.

"Putera Alma Hendrinne Qasrah! Minta maaf dekat mama balik!" Kemunculan Azfar yang tiba-tiba buat aku terkejut.

Ein menggeleng.

"Minta maaf papa kata! Ingat mama Ein tu binatang ke nak samakan dengan siput babi?!" Tengking Azfar lagi. Aku segera menapak ke arahnya.

"Dahla, bang. Tak ada apa.." ujarku, ingin menenangkan hatinya.

"Aik, laju pulak mama jalan, macam kuda." Kata Ein lagi. Azfar terus menapak ke arah Ein lalu memukulnya.

"Mama!!! Sakit !!! Mama!!!! Tolong Ein!!! Sakit!!!!" Jeritan Ein buat aku simpati.

"Diam!" Arah Azfar.

"Nea, masuk bilik sekarang! Arissa, tunggu abang dekat bilik!" Ujar Azfar. Nea segera membuntuti aku naik ke bilik. Nea masuk kedalam biliknya, aku masuk ke dalam bilik aku dan Azfar. Menunggu kedatangannya.

Sedang aku berbaring, aku mencapai telefon. Segera kubuka aplikasi wasap.

DANIS : Hai Ris. U kt mana? Jom jumpe.

Aku mengeluh.

ARISSA : Sorry, I busy buat masa skrg ni. Next time. Goodnight.

DANIS : K... see tomorrow.

Aku menggeleng. Tiba-tiba, dia menelefonku. Aku menjawab.

"Assalamualaikum Ris. You busy ke hari ni?" Soalnya.

"Yup, busy. Esok pun busy."

"Oh... I tau you tengah shoot drama kan arahan Heykal Hanifah?"

"Erm...yeah, thats right. Erm... Danis, can you call back later cause I busy now. I want to rest."

"Okay, bye. Assalammualaikum," ucapnya.

"Waalaikumsalam." Jawabku.

Aku memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience