7

Drama Series 3720

HARINI genap seminggu aku mengajar dekat Sekolah Kebangsaan Taman Johor. Aku dah berhenti di syarikat office tu sebab tak tahan. Dekat sekolah ni aku bertugas sebagai guru Bahasa Malaysia dan hanya mengajar darjah satu.

Lagipun dekat sini semua cikgu baik. Aku sangat suka dengan Cikgu Mastura. Dia baik sangat. Habis saja waktu rehat, aku mengajar kelas 1 Aiman.

"Selamat pagi, kelas..."

"Selamat pagi, Cikgu Arissa."

Jawab murid-murid yang lain.

"Okey so harini kita nak buat belajar sambil main!" Kataku.

"Yeay!!!!" Sorak murid-murid. Aku gembira melihat telatah murid yang sangat seronok.

"Sekarang, Haziq dan Leesa kedepan."

Dua orang murid yang kupanggil tadi kedepan.

"Okey, Haziq jadi ayah, Leesa jadi anak. Sekarang ini skrip yang cikgu dah tulis. Haziq kena cakap apa yang ada dalam skrip, tapi skrip ayah je. Leesa pula baca skrip anak. Okey sekarang mula!"

Haziq melakonkan wataknya. Leesa buat yang terbaik sekali. Murid-murid di kelas ini sangat bijak dan cepat faham.

DI kantin, Cikgu Mastura mengajak aku duduk bersamanya.

"Macam mana, okey kelas tu?"

Aku tersenyum.

"Okey sangat. Betullah, bila dah jadi cikgu, susah kita nak lupakan murid-murid bila dah berhenti. Sayang sangat." Kataku pula.

"Memanglah. Mas pun susah juga nak lupakan murid kalau berhenti sebab dah terbiasa dengan riangnya diorang kan." Katanya. Aku mengangguk tanda bersetuju.

"Tadi saya buat lakonan murid. Happy betul diorang tadi."

"Alah diorang tu memang suka berlakon lagi-lagi si Haziq. Dia tu kalau berlakon dalam drama boleh menjadi." Ujar Cikgu Mastura.

"Haih...baru genap seminggu dah dimanjakan."

Tiba-tiba Cikgu Bedah lalu ditepi aku.

"Aku yang bertahun dekat sini tak pun dapat berbual dengan Mastura, Bedah. Yela kita ni sape nak diajak berbual. Lagipun, kalau diajak nanti takut ajak-ajak ayam." Kata Cikgu Hamida.

"Abaikan je, Cikgu Arissa. Diorang tu memang. Mulut becok." Kata Cikgu Mastura. Aku mengangguk.

DI rumah, aku menanda semua kerja murid-murid kelas 1 Biologi. Senang hati bila semua tulisan murid cantik. Taklah mata sakit.

Aku meneguk kopi. Tiba-tiba telefonku berbunyi tanda orang mesej. Aku mengambil telefonku lalu membuka aplikasi WhatsApp.

NEA SAYANG : Mama esok anniversary mama dengan papa kan? Sorry Nea x dpt balik. Kirim salam dgn papa dan Ein ye... rindu mama... tp Nea dpt 10 A dlm exam Nea. Happy anniversary yang ke tujuh mama...

Aku menitiskan air mata.

MAMANEA : Tq sayang... love u.. ; )

Aku kembali menanda buku. Nea... I miss you...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience