9

Drama Series 3704

AKU resah. Kejap pandang Azfar, kejap tak.

"Hah ada apa tu pepandang abang?" Azfar berkata. Matanya masih tetap arah tv.

"Erm... tadi Abang Heykal ada call Rissa, nak Rissa job berlakon. Jadi heroin. Hero dia Hisyam Hamid."

Azfar diam. Aku mengesat peluh.

"Hurm, bolehla. Apa tajuk cerita tu? Berapa episod? Siapa pengarah dia?"

"Tajuk cerita tu Papa I Miss You. Episod ada 16, yela sebab dekat astro Ria. Pengarah dia Abang Heykal Hanifah."

"Abang Heykal Hanifah? Waa ni kalau Abang Heykal Hanifah buat cerita memang satu dunia tengok."

Aku senyum pahit.

"Tapi Rissa ada job kerja cikgu. Macam mana?"
Ujarku.

"Ala cakaplah dengan Puan Zaiton yang Rissa ada job berlakon."

Aku mengangguk.

SELESAI mengajar kelas 2 Dahlia, aku berjalan menuju ke bilik Puan Zaiton.

"Ya masuk." Ujar Puan Zaiton sambil memeriksa buku rekod minggu lepas.

"Duduklah." Katanya lagi. Aku duduk.

"Puan Zaiton... saya nak berhenti se..."

"Hah?! Berhenti?! Apa pasal?!" Muka Puan Zaiton kelihatan terkejut.

"Bertenang, Puan Zaiton. Saya ada terima job acting dari Abang Heykal Hanifah. Jadi mungkin sesi penggambaran tu lama, jadi nak berhenti." Ujarku sehabis baik.

"Bukan I tak kasi U berhenti, tapi U penting dalam sekolah ni. Tak apa, I kasi U cuti. I akan ganti U."

Aku terkejut. Aku macam... Eh apa ni oh ok fine haha funny ke?

"So...saya ta...tak berhenti?" Ujarku lagi. Puan Zaiton mengangguk.

"I belanja U makanlah. U dah makan belum?" Puan Zaiton mengubah topik.

"Erm...boleh." Aku tersipu. Puan Zaiton ketawa. Kami berdua terus ke restoran Mak Leha.

HARINI aku first day berlakon. Haih, janji pukul 9 dah berkumpul dekat depan Shoot Central. Masalahnya batang hidung Abang Heykal pun tak nampak. Abang Hisyam Hamid pun belum sampai. Tanpa berlengah, aku membuka aplikasi wasap lalu menitipkan mesej kepada Abang Hisyam Hamid.

NEARISSA : Abg Hisyam kt mane ni? Lama dh Ris tunggu.

ABG HISYAM : Otw kjp lg Abg smpai. Ris lame ke tunggu Abg?

NEARISSA : Dkt 10 minutes adala XD

ABG HISYAM : Sori : )

Aku ketawa. Kemudian aku mengeluarkan skrip yang diberi Abang Heykal.

Perlahan aku menghafal bait-bait watak yang aku pegang.

***

FIATUL HUSNA
Best betullah bila dapat keluar dengan Abang Haziq semalam. Fia suka sangat. Abang Haziq ni macam tak suka Fia je. Bencilah! Merajuklah!

HAZIQ RAIF
Abang Haziq suka je. Cuma Fia ni tak tau ke kita bakal kahwin?

FIATUL HUSNA
Tau.... Fia harap Abang Haziq ikhlas jadi suami Fia.

HAZIQ RAIF
Hurm.

FIATUL HUSNA
Tu je ke yang Abang Haziq nak jawab?

HAZIQ RAIF
Yes.

FIATUL HUSNA
(memukul lengan Haziq Raif)

HAZIQ RAIF
Aduh! Ganas Fia ni. Tak jadilah nak beristerikan Fia macam ni. Biar membujang sampai ketua. Hahaha!

FIATUL HUSNA
(mencebik) Abang Haziq ni jahatlah!

HAZIQ RAIF
(ketawa)

***

Aku ketawa sendiri bila memikirkan watak aku. Hahaha. Fiatul Husna... Papa I Miss You sangat, hehe... Aku mengeluarkan novel cerita ini. Best, penulisnya Tya Zya.
Tak sabar bila baby Nur Aimi Zafirah muncul sebagai Kisha. Haih...lama lagi nampaknya baby Kisha nak muncul. Sinopsis dia macam ni...

***

Fiatul Husna, gadis pertama yang berjaya memiliki hati Haziq Raif kerana kehandalannya dalam menjaga bayi atau kanak-kanak setahun ke atas. Keluarga Fiatul Husna dan Haziq Raif telah merancang untuk menyatukan anak mereka. Akhirnya kedua pasangan selamat diijabkabulkan. Setelah bertahun mereka berkahwin, Haziq Raif mula berjauh hati dengan isterinya.

"Kenapa sekarang ni Abang Haziq macam nak tak nak je dekat Fia?" - Fiatul Husna

Haziq Raif mula rapat dengan Mediynna Danisya, sepupunya. Fiatul Husna mula meragui suaminya.

"Kenapa Abang Haziq asyik jawab dingin bila Fia tanya?"
-Fiatul Husna

"Sebab Fia tak bagi Abang Haziq zuriat Fia tau tak? Ingat Abang Haziq ni tak nak timang anak ke hah? Dah 3 tahun kita kahwin, now Fia tak ada pun simptom pregnant sampai sekarang." - Haziq Raif

Bagaimanapun, kemunculan Kisha seorang bayi perempuan menjadi tanda tanya Fiatul Husna dan Haziq Raif. Siapa Kisha? Dari mana dia datang? Bacalah novel Papa I Miss You hasil titik peluh Tya Zya.

***

Aku mengelamun. Dan apabila tersedar kembali dek bunyi tin tin dari kereta dekat jalan raya, aku membuka bab 7.

Haih... lama nya nak tunggu Abang Hisyam Hamid sampai! Hezk!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience