11

Drama Series 3704

AKU berasa gembira sebab dapat tenangkan pemikiran. Berjalan dengan Danis. Ya! Korang terkejutkan. Danis banyak gembirakan aku. Balik rumah aku terus bam. Aku tahu aku banyak berubah.

Harini aku keluar dating dengan Danis. Aku tak tau, semakin lama perasaan aku hilang pada suami aku. Entah. Dan aku rasa aku sukakan Danis. Kami bertembung kembali. Satu hari tu aku terlanggar kereta dia. Dan dia minta maaf, padahal aku yang bersalah. Sejak dari tu aku berbaik dengan Danis. Hm...

"You nak makan apa, sayang?" Soal lelaki itu.

"Chicken Chop jelah, baby." Jawabku. Danis memanggil seorang staf dan memesan makanan. Sementara menunggu makanan sampai, aku berbual dengan Danis.

"Sayang, sudi tak you nak jadi wife I?"

Aku terpaku. Danis memegang tanganku.

"I dah lama pendam perasaan dekat you. I teringin nak kahwin dengan you, sayang. You lah perempuan yang I teridamkan selama ni, without you, I tak hidup sayang."

"Danis... I bukan tak nak terima... but I masih hak Azfar. I..."

"Minta dia lepaskan you."

Ayat itu menampar wajahku. Benar-benar membuatku mendengar ayat itu berulang. Sungguh, aku tergamam saat ini.

"Kita baru berkenalan..."

"No! Bulan ni dah masuk 3 bulan you kenal I!"

"But..."

"Listen... I takkan benarkan you menjadi hak Azfar mulai hari Jumaat. Ada 4 hari untuk you bersama dengan Azfar."

Aku menggeleng. Terus aku berlalu pergi, biarpun bertalu-talu nama ku dipanggil.

Terasa aku ni macam dijual. Ah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience