14

Drama Series 3704

TAANGANKU menadah tangan, mengaminkan doa talkin yang dibaca oleh Ustaz Fauzi.

Selesai membaca doa, semua bergerak pergi. Aku dan Danis duduk sebentar disitu.

"Abang janji dengan Rissa ya... tunggu Rissa dekat Syurga," kataku. Aku dan Danis terus ke kereta.

KANDUNGANKU sudah mencecah 9 bulan dan tunggu hari untuk bersalin. Baby aku dengan Azfar gugur. Dan yang tunggu hari nilah baby aku dengan Danis.

Aku menikmati hidangan yang dimasak oleh mummy, ibu Danis. Aku selesa duduk dengan mummy. Dia baik!

"Makanlah Rissa. Nanti bila dah bersalin, kena pantanglah tulah nilah," ujar mummy. Aku ketawa. Ein berselera sungguh makan makanan yang disediakan mummy.

"Nak tambah lagi tak Ein?" Tanya mummy, Ein mengangguk membuatkan aku dan Danis serta mummy ketawa.

"Aduh! Abang! Sakit bang!" Aku memegang perut. Mummy yang baru sahaja mahu menyendukkan puding untuk Ein, terus memandangku. Ein berlari menerpa ke arahku. Danis mengangkat badanku. Aku terus dibawa ke dalam kereta Danis.

"Sabar ya, Ris. Sabar ya..." Mummy menjagaku di belakang. Ein duduk di depan dan Danis memandu kereta.

ALHAMDULILLAH... aku baru sahaja bersalin dan dapat melihat wajah anakku.

"Abang ada nama?" Tanyaku. Danis mengangguk.

"Ris ada nama jugak?" Soalnya. Aku mengangguk.

"Abang nak letak nama Sofia."

"Ris nak letak nama Hadira." Jawabku.

"Ha, apa kata gabungkan nama. Hadiratussofia," jawab mummy. Aku menggangguk.

"Ok," Danis mengangguk.

"Hadiratussofia Khan binti Danis Khan," sambungnya lagi. Aku dan mummy bersetuju.

"Tapi abang rasa nak letak nama Abang Sayang Arissa lah," ujar Danis. Aku dan mummy ketawa. Ya. Beginilah bahagia ku. Aku sangat bahagia... eh, belum tamat lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience