BAB 5

Drama Completed 1264

“Mak Cik Watie yang kerja dekat kelab cinta sayang tu ke?”

Jamal mengangguk.

“Oh, iyalah. Sinar itu memang cantik. Aku tengok muka dia tu ada iras-iras pelakon. Apa eh nama dia, Lisa Suri, Lisa surirumah eh entahlah apa nama pelakon tu,’’ ujar Jehan.

“Argh, tapi dia tu cantik. Pergh, nak saja aku jadikan dia bini aku.” Sambung Jehan lagi sambil tersengih berangan mat jenin di siang hari.

“Kau cermin muka kau tu dulu boleh tak? Kau ni Jehan mana sesuai dengan dia. Lainlah kalau dengan aku yang kacak ni. Anak orang kaya. Kalau kau apa je yang ada? Duit pun minta dari aku.” Jamal mencebikkan bibir.

“Eleh, kau yang bagi aku terima aje. Siapa tak nak duit kan. Eh kau rasakan Sinar tu suka ke orang macam kita ni?”

“Maksud kau?” Jamal menjongketkan keningnya. Matanya tertancap pada daun terup.

“ Ala, kita inikan mamat-mamat lepak. Kerja pun tidak, harapkan duit mak bapak aje kan.” ujar Jehan. Kedengaran keluhannya sedikit.

“Relakslah bro. Janji kita ada duit. Kalau ada duit semua kita boleh beli tau.” Ucap Jamal dengan bangga.

“Jangan risau, aku akan bantu kau o.k. Dah-dah, jom blah wei. Aku bosanlah asyik duduk dekat kebun ni. Kiri kanan semak, semak betullah otak aku ni,” Jamal mencampakkan kesemua daun terup yang dipegangnya ke lantai. Jehan juga mengikut rentak kawannya itu.

BORHAN berjalan pantas menuju ke warung Pak Samad. Matanya meliar memandang sekeliling kawasan takut dilihat kuncu Seng.

Hutangnya semakin menimbun. Walhal dia hanya meminjam sekitar seratus ringgit. Tetapi sekarang hutangnya sudah mencecah lima ratus ringgit. Mana dia mahu cari sejumlah wang itu. Kerja pun tidak, harapkan hasil dari isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience