BAB 9

Drama Completed 1264

Dengan takut-takut aku menjawab, “Iya Pak Cik. Pak Cik mahu apa?” Aku pelik, biasanya lelaki ini berteriak memanggil namaku. Kebiasaannya kalau dia mahu sesuatu yang diluar jangkaan aku barulah dia akan datang ke bilikku.

“ Boleh Pak Cik masuk,” pinta Borhan sambil menolak pintu bilikku.

“ Er, er... Pak Cik nak apa?” soalku lagi. Badanku mula seram sejuk.

Borhan lantas menolak pintu bilik kuat sehinggakan aku terdorong ke atas katil.

“Pak Cik mahu apa? Tolong jangan apa-apakan Sinar,” pintaku.

“Sinar, janganlah takut. Pak Cik cuma nak Sinar ikut Pak Cik malam ini. Ada open house dekat rumah kawan Pak Cik.” Borhan tersenyum. Dia memegang lenganku.

“Er... er... sebenarnya petang ini Sinar...” Aku menarik beg baju dari dilihat Yahya.

Borhan yang perasan dengan kelakuanku lantas menolak tubuhku hingga terbaring di atas katil.

“ Ini apa? Kau nak cabut lari? Jangan mimpi. Sinar aku nak kau ikut aku juga malam ni,” berang Yahya. Matanya mencerlung melihat aku. Aku menggeleng laju.

“Degil kau ya.” Lantas Borhan mencabut tali pinggangnya dan menyebat tubuhku beberapa kali.

Aku menjerit menahan kesakitan. “Pak Cik, tolong kasihankan Sinar. Tolonglah,” Aku merapatkan lutut ke dada dan menyembamkan wajah ke lututku.

“Baik, baik. Malam ni aku tunggu kau. Pakai cantik-cantik, kalau tidak nahas kau aku kerjakan.” Borhan lantas keluar dari bilik aku.

Dia lantas ke pondok iaitu tempat melepak Jamal dan Jehan. Beberapa minit kemudian, Jehan yang nampaknya lalu melambai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience