BAB 2

Drama Completed 1264

Borhan, mendengar namanya sahaja cukup buat aku seriau apatah lagi mendengar suara garaunya itu yang cukup meruntun rasa benciku. Borhan, dia merupakan bapa tiri aku.

Tetapi pada aku dia bukanlah bapa tiri yang bertanggungjawab dan wajar dipanggil seorang ‘bapa’, ibarat panggang jauh dari api.. Makan minum dan pakaian semua disediakan oleh emakku, tiada sesen pun dari bantuan Borhan.

Bila aku menegur perihal ini kepada emakku, emakku hanya memberi jawapan yang aku ini hanyalah nyamuk, kacau daun. Akhirnya aku diam tanpa bicara.

Aku hanya redha lelaki yang bernama Borhan ini sudah menjadi ayah tiriku. Pada dia aku ini hanya anak tiri yang mengganggu hidupnya.

Pernah satu ketika dulu, dia hampir-hampir mencabul kehomatan ku. Tetapi tidak sempat kerana Tuhan telah mengutuskan seseorang untuk membantuku pada masa itu.

Mujur tidak berlaku apa-apa kepada diriku. Apabila aku menceritakan perihal itu kepada emak, emak menuduh aku pula mereka cerita. Sungguh aku kecewa dengan respon yang diberikan.

Aku merasakan seerti tidak ada orang yang boleh melindungiku. Ada ketika berputus ada, ada masa aku redha dengan apa yang ditentukanoleh-Nya. Tapi pada masa yang sama, aku tahu Tuhan pasti akan selalu menjaga aku.

“ Maaf pakcik, Belum lagi pak cik. Sinar baru sahaja lepas menyapu halaman rumah. Sinar...” Ujarku dengan nada yang terketar-ketar. Tanganku menggenggam menahan getaran yang dirasakan di dada. Aku sudah bersiap sedia dengan segala caci maki daripadanya.

“ Apa kau cakap Sinar? ! Kau tahu tak aku penat-penat balik rumah sebab nak makan. Aku dah cakapkan, bila aku balik rumah aku hendak makanan semua sudah terhidang dekat atas meja. Kenapa kau ini lembab sangat. Susah sangat nak faham kehendak aku. Lembab betullah, sekadar menyapu, kerja lain takkan kau tak boleh buat” Tangan Borhan menolak kasar kepala aku sehinggakan aku tersandar pada dinding dapur.

“ Sinar... Sinar... Sinar ingatkan pak cik akan balik petang karang,” balas aku dengan takut-takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience