BAB 11

Drama Completed 1264

“Sinar ! Lari Sinar, lari nak...” pinta Watie kepadaku.

“Lepaskan akulah bodoh!,” Tengking Borhan lagi.

“Lari Sinar !” Jerit Watie.

Aku dengan berat hati berlari meninggalkan emak dengan lelaki itu. Aku menangis semahu-mahunya. Jeritan nyaring emak menusuk ke dalam telingaku dan selepas itu sunyi tanpa rintihan dari suara emak.

Pada masa yang sama aku menoleh kebelakang. Mataku tertancap pada sekujur tubuh terbaring dari jauh. Emak! Aku menjerit sekuat hati.

“Sinar, berhenti! Aku kata berhenti, berhenti!” Jerit Borhan dari jauh. Dia berlari mengejarku.

“Pergi kau! Aku benci kau! Benci! Kau sudah musnahkan hidup aku!” jerit aku kepada lelaki tua itu. Di hadapanku sudah kelihatan jalan utama kampung, aku berlari sekuat hati melintasi jalan itu dan menghiraukan jeritan dari lelaki yang bernama Borhan itu.

Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang. Langkah ku berhenti, aku memandang Borhan yang sudah menggelupur dan berlumuran darah akibat dilanggar lori yang mengangkut tanah merah.

Matanya tajam merenung ke arahku seperti menyuruhku menolongnya. Tetapi tubuhku tidak berganjak sehinggalah dia memejamkan matanya.

Entah kenapa, air mata sedikit demi sedikit mengalir melihat apa yang sudah terjadi hari ini. Aku terus berlari meniggalkan kampung.

‘SHRETTT !!!’ Kereta mewah itu hampir-hampir melanggarku. Aku terduduk di jalan raya dan memeluk tubuh menahan ketakutan.

“Adik, adik tidak apa-apa ke? Kenapa adik lintas jalan tak tengok-tengok. Nasib baiklah Pak Cik tak langgar kamu.” Lelaki tua itu cuba membantuku untuk bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience