BAB 3

Drama Completed 1264

“ Argh, pandai kau menjawab ya.. Kau memang tak boleh harap. Dasar betina pemalas!”

‘Pang !!!’ Tamparan kuat hinggap di pipiku. AIrmata serta merta mengalir deras.

“ Ha, itu sajalah yang kau tahu buat!Menangis saja yang kau tahu. Hei, ikutkan hati aku dah lama aku cekik kau ni, kau ni tak guna hidup, baik mati saja.” Tengking Borhan.

“ Aku bagi kau masa 20 minit untuk siapkan makanan aku. Aku nak semua terhidang atas meja! Aku taknak nasi sejuk, aku nak nasi panas! Cepat!” Arah Borhan.

“Ini saja lauk? Ikan goreng? Hei budak ini memang nak kena dengan aku. Sini kau!” Panggil Borhan selepas menepis hidangan ikan goreng di atas meja itu hingga terabur di atas lantai.

Aku yang berada di luar rumah baru selepas menyidai kain berlari masuk ke dalam rumah.

“ Hei betina ke mari kau!” Jerit Borhan sambil bercekak pinggang.

. “ Iya pak cik. Kenapa?” tanyaku takut.

“Kau ni memang bodoh ke apa. Kau boleh tanya aku lagi kenapa. Ke mari kau!” Borhan menarik rambut aku dan dihalakan ke lantai.

“Kau masak ikan goreng saja dengan sambal belacan? Kau ingat ni boleh kenyang ke? Ikan ni hanya layak bagi makan kat kucing kurap. Aku nak ayam, daging lengkap dengan sayur. Kau pergi masak sekarang. Sekarang!” Borhan menyentap rambutku. Aku hanya tersedu-sedu menahan kesakitan.

“ Tapi... tapi...pak”

“Tapi apa ha betina? Kau jangan nak bagi aku alasan bukan-bukan. Kau ini memang nak balun oleh aku,” Baru sahaja Borhan mahu menaik tangan ke tiba-tiba tindakannya terhenti saat mendengar suara emakku di tangga rumah yang baru pulang dari kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience