BAB 13

Drama Completed 1264

“ Kurang ajar orang tua. Hei, kau ni kenapa tiba-tiba aje nak pukul aku!” tengking Jamal kasar.

“ Hei, dia anak aku! Kau jangan nak apa-apakan dia.” Tengking lelaki tua itu sambil mencekak kolar Jamal.

Jawapan dari lelaki itu itu membuatkan aku terpempan. Apa ni? Siapa sebenarnya lelaki tua ni?

“Hei, kau ni datang-datang cakap dia ni anak kau apasal? Setahu akulah bapak kandung si Sinar ini sudah lama menghilang.” Mata Jamal mencerlung memandang lelaki tua itu.

“Hei, lepaslah!” Jamal menepis kasar tangan tua itu.

“ Baik kau pergi dari sini sebelum aku panggil polis” Gertak lelaki tua itu.

“Sudahlah! Buang masa aje aku layan korang ni! Huh!” Jamal bangkit. Matanya menjeling ke arahku.

“Nah ambil duit ni. Kau nak duit kau balik kan? Ambillah,” Lelaki tua itu menghulur beberapa not seratus kepada Jamal. Jamal segera mengangkat kaki beredar sambil mencium duit yang diberikan itu.

Lantas aku melangkah perlahan ke arah lelaki tua itu. “Pak Cik...” panggilku perlahan.

Lelaki tua itu berpaling ke belakang. Dia tersenyum. Lantas dia memelukku. Aku terpinga-pinga dengan tindakannya lantas menolaknya.

“Sinar, anak Abah.” Lelaki tua itu bersuara perlahan.

“Anak?” Soalku semula. Aku berundur setapak demi setapak. Tidak mungkinlah lelaki ini ayahku?

Lelaki tua itu lantas menyeluk kocek kemejanya mengelurkan sesuatu. “ Ini Sinar, gambar dan surat beranak.” Lelaki tua itu menghulur kepadaku.

Mataku meneliti gambar dan surat beranak itu beberapa kali. Memang betul ini gambarku bersama emak sewaktu kecil dan ini surat beranakku. Ya Allah.

“Abah!” Jeritku lantas memeluknya.

“Iya Sinar. Ini Abah. Abah sudah lama cari keberadaan Sinar. Akhinya Abah jumpa juga.Syukur Allah mendengar doa abah.’’ Ujar orang tua itu lantas menddakapku sambil jemarinya membelai lembut kepalaku. Untuk pertama kalinya aku dapat merasa hangat kasih sebenar seorang ayah.

Selepas bergelumang dengan pelbagai episode duka, aku menarik lafaz lega kerana akhirnya aku terlepas dari belenggu hidup dan menemui kebahagiaan yang ku cari.

Namun dalam masa yang sama aku meratap hiba mengenangkan insan yang membesarkan aku, yang paling ku sayang meninggalkanku untuk selamanya.

Emak meninggal benar-benar di riba abah sewaktu kami tiba di rumah. Dalam linangan airmata yang deras aku dapat melihat senyuman lega emak, gembira kerana akhirnya anak ini bertemu sinar sebenar meniti kehidupan tanpa hadirnya kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience