BAB 8

Drama Completed 1264

“Betul, betul, betul,” Jehan mengangguk-angguk laju bersetuju dengan Jamal.

“Aku chaw dululah,” pamit Yahya dan melangkah keluar dari rumah usang itu.

“Ingat Pak Borhan malam ini,” Jamal mengingatkan lelaki itu.

“Aku ingatlah, aku tak nyanyuk lagi,” Jerit Borhan.

“Tak nyanyuk konon, nyanyuklah tu sampai sanggup tukar duit dengan anak sendiri,” bebel Jehan.

“Hoi, kau ini kenapa? Relakslah, ini semua ganjaran buat kita. Lagipun kau yang kata kau suka dengan Sinar kan, so, kita nikmati ajelah apa yang dapat. Rezeki wei,” Jamal memeluk bahu Jehan.

“Setuju, setuju,” Jehan mengangkat kedua belah tangannya seperti bersorak.

AKU memilih pakaian untuk dibawa bersama ke rumah lelaki yang dikatakan ayah kandungku itu. Lantas aku mencapai beg baju yang berada di atas almari.

Aku melipat dengan kemas pakaian lalu disusun kemas ke dalam beg baju. Mengenai aku mahu bertemu ayahku, aku tidak memberitahu emak lagi. Jikalau aku beritahu awal-awal sudah pasti aku akan dikurung.

Lebih baik aku beritahu semasa aku mahu keluar dari rumah ini. Aku merasakan ini adalah pilihan tepat untuk aku lari dari rumah yang seperti penjara bagiku.

Dipukul, diamarahi seperti kawan untukku berada di dalam rumah ini. Semalaman aku berfikir, aku patut berdikari dan keluar dari kepompong yang menyeksakan diri aku sendiri.

‘Tuk, tuk, tuk...’ pintu bilikku diketuk. Aku terdiam. Lalu kakiku perlahan-lahan melangkah ke arah pintu. Aku membuka pintu sedikit.

“Sinar...” Lembut sahaja panggilan lelaki itu untukku. Dia tersenyum manis bukan seperti selalu yang hanya tahu marah dan memukul ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience