BAB 1

Drama Completed 1264

Kisah hidup yang ku lalui bukanlah sesuatu yang harus aku banggakan bahkan aku sering bertanya mengapa aku diuji dengan kehidupan yang sangat menduga seperti ini?

Di saat remaja seusiaku mentelaah pelajaran atau berseronok bersama teman-teman di sekolah, aku pula cuma terpenjara di rumah tidak dapat meneruskan pelajaran dek kekangan wang. Tiada sumber ekonomi yang tetap memaksa aku melupakan segala impianku selama ini.

Emak bekerja sebagai pelayan sebuah pub, ‘Cinta Sayang’ yang terletak di pekan. Selama ini aku dibesarkan tanpa kehadiran bapa kandung yang khabarnya telah lama menghilang sejak sebulan usiaku di dunia ini. Setiap kali aku bertanya pada emak tentang ayah pasti emak berang dan sering menyatakan yang bapa kandung aku sudah lama mati.

Aku tidak tahu sejauhmana kebenaran kata-kata emak itu. Pernah aku menyuarakan hasrat untuk membantu emak mencari ayah namun emak pasti akan memarahiku dan mmberikan 1001 alasan seolah-olah mahu aku menghapuskan niatku itu.

Malah pernah sekali emak membuang pakaianku di luar rumah dan menghalauku lantaran aku sering bertanyakan pada emak perihal ayah.

Sudahnya aku merayu belas dari emak dan emak memberiku amaran agar jangan bertanyakan tentang ayahku lagi jika ingin tinggal di rumah ini. Hingga kini aku sendiri tidak tahu mengapa begitu bencinya emak pada ayah dan apakah dosa dan salah yang telah dilakukan oleh ayah sehingga emak sukar untuk menerimanya?

“ Apa kau buat seharian ni? Dah masak ke belum? Aku lapar ni. Asyik membuta sahaja kerja kau ni. Bukan boleh buat duit pun lainlah kalau hasilkan emas, kaya juga. Kau jangan berangan nak kaya, nak senang, orang macam kau layak jadi pencuci tandas sahaja !”begitu kejamnya sindiran dan penghinaan Borhan terhadapku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience