BAB 6

Drama Completed 1264

Apabila kakinya sudah menginjak pada kawasan warung Pak Samad, satu suara mula menyapanya.

“Hai Pak Borhan, awat kelam-kabut ni? Takkan lari daripada bayar hutang kut.” Sindir Jamal sambil mencicip air kopi ke mulutnya.

“Ergh, bisinglah kau. Menyemakk aje.” Tengking Yahya sambil membaling topinya ke meja warung itu.

“ Eleh, orang cakap baik-baik dia pula nak tengking kita,” Jehan bersuara.

“ Pak Borhan apa cerita dengan Sinar? Dia sihat tak?” Jamal tersengih ke arah Borhan.

“Budak tu sihat. Yang kau kenapa tiba-tiba prihatin pasal Sinar ni?” Balas Borhan acuh tidak acuh. Dia menjeling ke arah Jamal dan Jehan.

“Kalau Pak Borhan nak duit, kita....” Jamal cuba memberikan cadangan. Jehan hanya tersenyum meleret. Perancangan ini sudah awal-awal lagi diatur oleh rakannya itu. Dia juga akan mendapat habuan yang besar dari habuan sebelumnya.

AKU ralit membersihkan halaman rumah. Lantas aku mencapai mancis dan dihalakan pada gompolan daun-daun kering di bawah pokok. Seharian aktiviti aku adalah mengemas rumah seperti selalunya.

Tambahan lagi, aku mendapat makian diselang-seli pukulan dari Borhan. Huh, Borhan. Nama itu bagaikan duri yang tertusuk kuat pada hatiku. Semenjak emak berkahwin dengannya sejak itulah aku seringkali menjadi sasaran melampiaskan amarahnya.

Tidak cukup dengan itu, dia pernah mencuba mahu menodaiku. Tapi malangnya emakku, Watie tidak mempercayai kata-kataku. Pada masa yang sama, aku ingin sahaja pergi dari kampung ini mencari ayah kandungku.

Aku dapat rasakan yang dia masih hidup. Sesungguhnya aku merinduinya walaupun tidak pernah bersua langsung sepanjang hidupku.

‘Kring...’ Kedengaran telefon berbunyi dari arah dalam rumah. Aku lantas berlari anak untuk menjawab panggilan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience