BAB 8

Romance Completed 12205

Ariya merasa tidurnya sedikit terganggu. Dia membuka mata. Terkejut beruk Ariya apabila melihat seorang lelaki bertopeng sudah berada disisi katilnya. Belum sempat Ariya menjerit meminta tolong mulutnya sudah ditekup kuat.

“Jangan bising! Aku bunuh kau nanti!”

Lelaki bertopeng itu memberi amaran. Sebilah pisau lipat sudah diletakkan di batang leher Ariya.

Ariya hanya mengangguk faham. Airmata sudah mula mengalir deras. Menyesal tak sudah Ariya kerana tidak mengikut cadangan Mazran untuk tinggal di rumah mamanya.

“Aku tahu suami kau tiada. Baik kau dengar semua arahan aku kalau kau nak selamat.”

Ugut lelaki itu lalu menarik tubuh Ariya bangun.

“Mana semua barang kemas? Duit? Cepat masukkan dalam beg ni.”

Lelaki itu mengarah sambil melemparkan sebuah beg berwarna hitam. .Pisau ditangan masih dihala ke batang leher Ariya yang sudah pucat wajahnya

Menggeletar tangan Ariya mencapai beg itu lalu memasukkan barangan berharga seperti yang diminta. Dia sudah tidak peduli lagi. Biarlah kehilangan semua harta asalkan nyawanya tidak terancam. Selang 5 minit, tiba-tiba pintu bilik ditolak kuat. Terkejut Ariya dan lelaki bertopeng itu.

“Riya.”

Panggil Mazran cemas.

“Mazran.”

Sahut Ariya kuat. Bagaikan mimpi pula apabila melihat suaminya saat ini. Syukur alhamdulillah.

“Hoi! Kau jangan berani cederakan isteri aku!”

Tengking Mazran kuat. Panas hatinya melihat pisau lipat yang sedang diletakkan di pangkal leher isterinya itu.

Lelaki bertopeng itu mula kalut. Dia mula menerkam Mazran. Pergelutan berlaku. Ariya yang melihat mula ketakutan. Apatah lagi lelaki bertopeng itu sudah berkali-kali cuba menikam suaminya. Mujur juga berjaya ditepis. Tidak lama kemudian siren polis mula kedengaran. Ariya cuba untuk berlari keluar.

Namun lelaki bertopeng itu pantas menolak kuat tubuh Ariya. Ariya terus terjatuh. Kepalanya terhentak di bucu katil. Ariya tersembam di lantai. Darah merah mulai mengalir dari kepalanya. Pandangan Ariya juga semakin kelam.

“Ariya!”

Hanya jeritan Mazran itu yang mampu Ariya dengar sebelum semuanya bertukar gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience