BAB 3

Romance Completed 12205

“Berangan apa tu Riya?”

Tegur Mazran lembut. Dia yang baru selesai mandi hanya mengenakan tuala berwarna ungu ditubuhnya.

“Tak ada apa-apalah. Jangan menyibuk boleh tak?”

Ariya membuat muka malas.

Mazran hanya tersenyum mendengar jawapan Ariya.

“Abang bukan menyibuk. Abang tanya aje. Manalah tau kut-kut Riya tengah berangankan malam pertama kita ke. Hahaha.”

Gurau Mazran nakal sambil menyarungkan pijama di badan. Tersengih-sengih dia memandang Ariya yang pipinya sudah mula berona kemerahan.

Ariya mencebik melihat sengihan Mazran yang boleh dikategorikan macam kerang busuk. Rasanya inilah sengihan gatal yang paling hodoh pernah aku tengok. Bisik Ariya geram.

“So funny. Saya rasa elok awak berhenti bermimpi di siang hari Encik Mazran.”

Ariya berkata sambil mencapai tuala di penyangkut dan baju gantian. Dia ingin mengambil giliran untuk mandi pula.

“Kenapa berencik-encik dengan abang ni. Panggil abang kan bagus.”

Tegur Mazran lembut.

“Abang memang tak nak bermimpi di siang hari pun. Abang nak ajak Riya mimpi malam hari je. Okey?”

Mazran memandang Ariya dengan pandangan nakal.

Ariya membalas dengan jelingan tajam. Sempat pula dia menunjuk isyarat penumbuk kepada Mazran sebelum berlalu ke kamar mandi.

‘Eee!! Menyampahnya aku dengan beruang kutub ni. Jangan harap aku nak panggil kau abang. Geli tau tak?’

Mazran ketawa kecil melihat gelagat isterinya sambil membaringkan tubuh di atas katil. Dia tidak berkecil hati dengan layanan dingin Ariya kerana dia tahu Ariya tidak pernah pun bersetuju dengan pernikahan mereka namun terpaksa menurut gara-gara permintaan ibu mentuanya, Puan Azura.

Dia sendiri juga terpaksa menurut kemahuan ibunya untuk berkahwin dengan Ariya walaupun dia masih belum cukup mengenali apatah lagi mencintai gadis itu. Namun, Mazran sudah memasang tekad. Saat lafaz ijab dan qabul sudah sah menjadikan Ariya sebagai isterinya yang sah, saat itulah dia sudah mula belajar untuk mencintai Ariya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience