BAB 7

Romance Completed 12205

Seminggu kemudian…

Mazran membetulkan tali leher yang dipakainya di hadapan cermin. Sesekali matanya menjeling Ariya yang berada di atas katil. Sudah hampir seminggu Ariya tidur dikamarnya. Mudah untuk dia menguruskan Ariya tambahan pula isterinya agak sukar untuk bergerak kerana kakinya yang masih belum sembuh.

Ariya membelek-belek tubuh sasa suaminya yang tersarung kemeja berwarna ungu lembut itu.

Ariya tersenyum. Tidak dapat dinafikan, Mazran memang seorang lelaki yang kacak. Kadang-kadang Ariya sendiri terfikir, Mazran ni tak ada kekasih ke? Tak mungkin lelaki sekacak dia ni tiada wanita yang sudi. Dengan kerjaya sebagai architect, pasti suaminya itu menjadi tumpuan wanita sepejabat.

“Betul Riya tak nak abang hantar pergi rumah mama? Abang risaulah nak tinggalkan Riya seorang kat rumah, sekarang ni banyak kes pecah rumah tau.”

Beritahu Mazran sambil melabuhkan punggung disisi isterinya. Kaki Ariya yang masih membengkak diurut lembut.

Ariya hanya memandang perlakuan Mazran. Entah kenapa tiada perasaan marah yang timbul malah hatinya semakin tidak keruan dengan setiap sentuhan Mazran. Hampir seminggu tangan itulah yang menguruskan dirinya. Suapkan dia makan, urutkan kaki setiap malam. Jujurnya, Ariya sangat tersentuh dengan perhatian yang diberikan Mazran buatnya.

“Tak payahlah. Sakit sikit aje. Bengkak dia pun dah nak surut ni.”

Bantah Ariya. Tersenyum memandang Mazran sambil tangannya mencapai jemari suaminya itu

Terkejut Mazran namun masih sempat dia membalas senyuman isterinya. Senang dengan perubahan sikap Ariya.

Ariya mengenggam erat tangan Mazran.

“Lagipun awak outstation dua hari aje kan. Saya tak naklah susahkan mama.”

Mazran hanya mengangguk setuju.

“Tapi abang tetap akan call mama. Minta dia tengok-tengokkan Riya.”

Ariya hanya tertawa kecil. Terpaku Mazran melihat wajah comel isterinya itu. Inilah kali pertama dia melihat senyuman dan gelak tawa Ariya.

“Dahlah. Nanti awak lambat pula pergi kerja.”

Ariya membetulkan tali leher suaminya yang sedia kemas. Sebelum sempat suaminya melangkah keluar, pantas Ariya mencapai tangan suaminya lalu dikucup lembut.

Mazran membalas dengan sebuah ciuman hangat di dahi isterinya.

“I love you sayang. Take care.”

Terkejut Ariya mendengar ucapan keramat itu. Ditambah pula dengan ciuman di dahi. Tak tidur malam aku dibuatnya..hehehe.

DUP, DAP, DUP, DAP. Apasal pulak laju semacam jantung aku ni. Boleh kena heart attack kalau hari-hari macam ni. Desis Ariya.

Walaupun masing-masing mula menunjukkan perubahan positif. Namun, bibir masih lagi kelu untuk menuturkan rasa hati.

Ariya menghantar pemergian Mazran lewat ekor matanya. Keluhan berat dilepaskan. Sabar Ariya, dua hari aje. Bisik hatinya. Ariya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience