BAB 10

Romance Completed 12205

Bunyi azan subuh mengejutkan Ariya daripada lamunan panjangnya. Dia berpaling, kelihatan Mazran yang masih lena disisinya. Diusap lembut rambut suaminya itu. Walaupun sudah hampir dua tahun kejadian itu berlalu, namun terasa bagai baru semalam sahaja perkara itu dilalui.

Ariya mengeluh lega. Rupa-rupanya, masa rumah dia kena rompak dulu, ada jiran yang nampak dan call polis bagi meminta bantuan.

Nak dijadikan cerita lebih menarik, Mazran pula tak jadi pergi outstation malam tu. Elok aje dia sampai depan garaj, jiran beritahu tentang perompak. Apa lagi, teruslah dia masuk nak selamatkan aku. Acah-acah hero gitu..hahaha. Yabedabedu.

Ariya tersenyum mendengar kata hati sendiri. Dahi suaminya dikucup lembut.

‘Berani sangatlah tu? Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tidak, akulah orang yang akan menyesal seumur hidup aku tau.’

Bisik Ariya sambil mencubit geram hidung mancung suaminya. Mazran yang merasa terganggu membuka sedikit matanya.

“Apa sayang ni? Cubit-cubit hidung abang pulak..sakit tau.”

Rengek Mazran manja sambil memeluk kejap tubuh Ariya.

Ariya tertawa kecil. Dia menolak lembut tubuh suaminya. Merasa sedikit kurang selesa.

“Kenapa sayang tak tidur ni? Sakit ke?”

Soal Mazran sambil duduk disisi isterinya. Tangannya mengusap lembut perut isterinya yang sarat hamil 8 bulan itu.

Ariya menggeleng.

“Taklah. Riya okey. Baby pun okey kan?”

Soal Ariya manja sambil mengusap perutnya.

“Pandai baby boy papa ni. Tak mahu susahkan mama ya sayang?”

“Mestilah pandaikan baby. Tengoklah siapa mama dia.”

Mazran mencebik. Kemudian dia tersenyum sambil mencapai jemari isterinya lalu dibawa ke bibirnya. Dicium lembut.

“Terima kasih Riya sebab sudi terima abang dalam hidup Riya. Terima kasih juga sebab beri abang peluang untuk rasa macam mana indahnya hidup berumah tangga macam pasangan lain. Mengandungkan zuriat abang..”

Luah Mazran sambil menyentuh lembut perut Ariya.

Ariya mengelus lembut pipi suaminya.

“Riya yang patut berterima kasih pada abang sebab abang sanggup terima budak sombong macam Riya ni sebagai isteri abang. Walaupun macam-macam Riya dah buat kat abang dulu.. abang tetap sabar aje melayan perangai tak semenggah Riya ni.”

Balas Ariya.

Mazran mencubit hidung isterinya.

“Tahu pun. Lain kali jangan nakal-nakal lagi. Dah jom kita pergi solat subuh sekarang.”

Ariya tertawa gembira. Wajah Mazran diusap lembut.

‘Terima kasih Ya ALLAH kerana telah menciptakan dan menghadirkan seorang insan sebaik dia untukku. Panjangkanlah jodoh kami Ya ALLAH, kerana aku tak sanggup kehilangan dia. Peliharalah rumah tangga kami agar sentiasa bahagia dan kekal hingga ke jannahmu.’ Doa Ariya.

“Berangan apa tu Riya? Jom cepat. Nanti terlepas subuh.”

Tegur Mazran. Dah kenapa pulak bini aku ni? Asyik berangan tak sudah.

Ariya tertawa kecil sebelum membalas.

“Ya sayang..”

Terima kasih Allah atas anugerah tidak ternilai ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience