BAB 1

Romance Completed 12205

Ariya tidak senang duduk. Berkali-kali matanya mencuri pandang jari manisnya yang masih dihiasi sebentuk cincin emas putih yang bertatahkan sebutir berlian. Cincin pernikahannya. Ariya mengeluh perlahan. Masih terbayang-bayang lagi kemeriahan majlis persandingannya pagi tadi namun entah mengapa kemeriahan itu sama sekali tidak mampu membahagiakan sekeping hatinya yang terluka.

Huh! Perkahwinan aturan keluarga. Macam mimpi pula apabila dia turut melalui pengalaman bak cerita dalam novel itu.

‘Benci!!’ bentak Ariya. Cincin dijari ditonyoh geram. Kalau boleh nak dicampak aje kat dalam lubang jamban, flush dan belayarlah cincin tu ke dalam loji kumbahan.

Bunyi pintu kamar dibuka mengejutkan Ariya. Dia berpaling dan bertemu pandang dengan sesusuk tubuh tegap seorang lelaki yang masih lengkap berpakaian pengantin berwarna merah hati. Sama seperti dirinya. Lama matanya terpaku pada wajah lelaki itu tanpa sebarang ekspresi sehingga membuatkan lelaki itu kurang selesa.

“Assalamualaikum Riya.”

Tegur Mazran. Hairan melihat isterinya yang masih ralit membelek wajahnya.

Ariya yang bagaikan baru tersedar pantas menjawab salam suaminya. Susuk tubuh itu diperhatikan satu persatu. Dari rambutnya yang hitam lebat turun pula pada matanya yang bundar, hidungnya yang mancung sehinggalah ke bibir suaminya yang seksi kemerahan itu. Petanda tak merokok okey!

Well, pendek kata (bukan aku kata ya) suami aku ini boleh dikatakan tergolong dalam kategori sedap mata memandanglah..hmm, tapi kalau hati dah tak suka, muka handsome pun nampak macam muka tembok rumah tak siap aje.

Mazran tidak mempedulikan Ariya yang masih hanyut berangan. Dia membuka satu persatu butang baju melayu yang dipakai untuk membersihkan diri. Terasa melekit seluruh tubuhnya.

Ariya berpaling. Tidak mahu memandang tubuh Mazran yang tidak berpakaian itu sehinggalah suaminya hilang dibalik pintu kamar mandi. Ewah, sempat pulak Mazran melayangkan senyuman manis buat isterinya sebelum daun pintu ditutup.

Ariya mencebik bibir. Ingat macho lah tu? Beruk bontot merah lagi hensemlah.

HUH!! Ariya mengeluh kuat. Masih teringat lagi kali pertama dia diberitahu tentang idea gila pernikahan bak drama bersiri itu daripada mamanya. Macam nak tercabut jantung pisang dia. Gila betul. Dia baru 20 tahun kut. Tahu-tahu dah kena kahwin paksa macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience