BAB 6

Romance Completed 12205

Bunyi loceng mengejutkan Ariya yang sedang asyik bermalas-malasan di sofa. Maklumlah, hari minggu. Apa sangatlah yang dia boleh buat. Nak buat taik gigi pun makanan tak sampai lagi. Lainlah macam suaminya. Awal pagi lagi Mazran sudah keluar berjogging sekitar taman perumahan mereka sekaligus membeli sarapan pagi.

“Malaun manalah pagi-pagi dah serbu rumah orang ni.”

Bebel Ariya. Pintu dibuka.

“Cari siapa?”

Soal Ariya apabila bertemu pandang dengan seorang wanita muda yang agak seksi di depan pintu rumahnya.

“Hai. You ni mesti Riya kan? I Suzzy. Kawan Zran.”

Terang wanita yang bernama Suzzy itu.

“Oh. Kawan Mazran.. ehh..kawan Abang Zran rupanya. Jemputlah masuk.”

Pelawa Ariya. Pura-pura ramah.

Mereka berdua melangkah ke ruang tamu.

“Well. Zran ada? Dah lama I tak jumpa dia.”

Suzzy meliarkan matanya di sekeliling rumah.

“Abang Zran keluar jogging. Kejap lagi balik la tu.”

Serentak itu pintu rumah terbuka. Mazran balik sambil membawa beg plastik di tangan yang berisi sarapan pagi mereka.

“Assalamualaikum. Ehh, Suzzy? Bila you balik KL? Ya Allah, rindunya I kat you.”

Tersenyum lebar Mazran bertanya. Ariya menjeling tajam. ‘Suka sangat nampaknya.’

Suzzy membalas senyuman Mazran seraya mendapatkan lelaki itu. Lengan Mazran dipaut erat.

“Dua minggu lepas I dah balik KL. Saja nak buat surprise kat you. Well sayang, I pun rindu sangat kat you tau.”

Suzzy mencubit manja pipi Mazran sebelum diusap lembut. Mereka saling berpandangan sambil berbalas senyum.

Berbulu mata Ariya melihat drama sebabak yang terlayar dihadapannya itu. ‘ewah-ewah perempuan ni. Suka hati je nak manja-manja dan bersayang-sayang dengan suami aku. Ingat aku ni tunggul ke?’

Amboi. Dah mengaku suami pulak. Dalam hati dah ada taman ke Ariya oit..

Mazran tertawa melihat telatah Suzzy. Dia kemudian berpaling memandang Ariya yang sudah memuncung.

“Riya, kenalkan. Kawan baik abang masa di Australia dulu. Suzzy.”

Ariya mengangguk malas. ‘kawan baik ke kawan sebilik?’

Ariya yang dah tak hadap melihat kemesraan Suzzy dan Mazran pantas mengambil beg plastik ditangan Mazran lalu menuju ke dapur. Pergi makan lagi bagus dari layan ‘telenovela murah’ pagi-pagi ni.

Serba tidak kena Ariya pagi itu. Gelak tawa Mazran dan Suzzy di ruang tamu benar-benar membuatkan hatinya panas.

‘Cemburu ke aku? Kenapa bila dia bersama perempuan lain, hati aku rasa sakit sangat?’

Fikir Ariya.

‘Aku tak nak dia sayangkan wanita lain lebih daripada dia menyayangi aku.’

Bisik hati Ariya pula.

“Riya.”

Laung Mazran dari ruang tamu.

“Tolong buatkan kopi panas untuk Suzzy but make sure less sugar ya. Suzzy tak suka manis-manis.”

Arahan Mazran disambut dengan cebikan. Menyampah. Ikut hati aku, memang satu guni gula aku bagi. Biar kena kencing manis. Untung-untung hilang sikit gatal perempuan tu.

Ariya yang ingin mencapai cawan di rak selepas selesai membancuh kopi panas kurang gula minah gatal itu tidak perasan lantai dapur yang sedikit basah di bahagian singki lalu..

Prang! Gedebuk!

Tanpa sebarang amaran, Ariya sudah tergelincir di atas lantai. Ariya mengaduh kesakitan. Kaca yang bersepah tidak dipedulikan. Menitis airmata Ariya gara-gara menahan kesakitan akibat pergelangan kakinya yang terseliuh.

Mazran dan Suzzy yang mendengar pantas berlari ke dapur. Terkejut mereka melihat Ariya yang sudah terduduk di lantai sambil mengerang kesakitan.

“Ya Allah Riya. Kenapa ni?”

Cemas Mazran mendapatkan Ariya. Dibelek tubuh isterinya. Takut-takut ada kaca yang mengenai tubuh Ariya.

Ariya tidak dapat menjawab. Dia hanya menunjukkan ke arah kakinya yang terseliuh. Mazran memegang kaki Ariya. Ariya mengerang lebih kuat.

“Terseliuh teruk ni. Kalau dibiarkan takut membengkak nanti.”

Beritahu Mazran. Dia mengelus lembut pipi Ariya yang masih menangis. Sedih melihat keadaan isterinya yang sedang menahan kesakitan itu.

“Jom abang bawa Riya pergi klinik.”

Mazran mencempung tubuh Ariya perlahan-lahan. Ariya yang terkejut pantas memaut leher Mazran untuk mengimbangkan diri.

Dup Dap Dup Dap.. bagai nak meletup hati Ariya saat dicempung Mazran. Inilah kali pertama dia berada begitu dekat dengan tubuh Mazran. Tangan sasa suaminya yang memaut erat belakangnya membuatkan Ariya merasa begitu selamat dan disayangi.

Perlahan-lahan wajah Mazran dijeling. Mata mereka saling berpandangan. Terbit satu perasaan halus dihati Ariya saat wajah kacak itu dipandang. Apakah perasaan ini? Cintakah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience