BAB 5

Romance Completed 12205

Diam tak diam sudah hampir tiga bulan Ariya dan Mazran memulakan hidup berumah tangga. Kini Ariya tinggal bersama Mazran di sebuah rumah teres 2 tingkat milik suaminya yang terletak di Cheras. Ariya yang pada asalnya enggan berpindah terpaksa akur jua. Kebetulan rumah suaminya itu dekat dengan kolej dan memudahkan dia untuk berulang alik.

“Riya.”

Panggil Mazran. Dia yang baru selesai membaca beberapa dokumen syarikat berpaling memandang Ariya yang masih asyik membaca novel disebelahnya.

“Hmm..”

Gumam Ariya. Matanya masih tidak lepas membaca novel.

‘Dasar hantu novel. Aku panggil dia buat pekak badak je.’

Desis Mazran.

“Riya.. abang laparlah. Boleh masakkan untuk abang tak?”

Pinta Mazran.

Ariya berpaling. Pelik bin Ajaib. Selama mereka tinggal bersama tidak pernah sekali pun Mazran memintanya memasak. Tiap-tiap hari mereka hanya membeli nasi berlauk di kedai makan terdekat. Apa sudah jadi sheikh? Tiba-tiba nak suruh aku masak?

“Kenapa tiba-tiba nak suruh saya masak ni? Kalau dah lapar sangat, pergilah beli kat kedai.”

Cadang Ariya.

“Abang malaslah Riya. Bolehlah Riya masakkan untuk abang. Bolehlah..”

Rengek Mazran sambil mencemikkan bibir. Sengaja bersikap keanak-anakan untuk memancing hati isterinya. Minta-minta lembutlah hatinya tu.

Ya Allah. Menyampahnya aku tengok. Badan dah besar mengalahkan peti ais lapan pintu pun nak merengek-rengek macam budak kecil. Ariya berkira-kira, nak masak ke tak eh? Aku bukan tau masak pun. Ahh, lantaklah..masak jelah apa-apa pun. Kesian pulak aku tengok dia ni. Ariya kan isteri solehah..kuikuikui

“Yalah. Saya pergi masak tapi awak jangan nak demand macam-macam ye. Makan je apa yang saya masak.”

Mazran tersenyum lebar seraya mengangguk.

“Kalau boleh jangan masak makanan bergoreng la Ria. Abang tak makan makanan bergoreng.”

Ariya mengangguk sambil melangkah ke dapur.

Selang 10 minit, Ariya kembali sambil menatang dulang berisi semangkuk maggi kari dan segelas air sejuk.

Ternganga Mazran melihat makanan yang dimasak Ariya. Kali pertama dia menyuruh isterinya memasak tapi.. ini ke hasilnya?

“Nah, maggi kari special punya saya buat untuk awak. Sedap ni. Makanlah.”

Pelawa Ariya.

Dia mencapai novel yang dibacanya tadi. Ariya mula melangkah keluar dari bilik yang dijadikan ruang pejabat suaminya sekaligus perpustakaan mini itu. Belum sempat Ariya berlalu pergi, rungutan Mazran mematikan langkahnya.

“Saya tak makan la fast food macam ni. Awak tahu tak maggi ni tak baik untuk kesihatan?”

Mazran mencebik. ‘Macam tak faham pula. Aku ni kan pentingkan kesihatan. Mana lah boleh makan makanan macam ni.’

“Kalau awak tak nak makan maggi tu, jangan makan. Buang aje.”

Balas Ariya selamba. Langsung tidak memikirkan perasaan Mazran. Dia yang ingin berlalu terus terhenti lagi apabila mendengar jawapan balas suaminya.

“Mana boleh buang sayang. Inikan makanan pertama yang Riya masak untuk abang. Abang mesti makan punya maggi special isteri abang yang sedap ni.”

Puji Mazran.

“Kejap ya sayang..abang nak ambil gambar maggi special Riya ni dulu. Lepas ni boleh upload dalam fac dengan caption ‘hidangan pertama isteri tersayang’.

Ariya mendengus kuat. Wah.. macam seladang naik gila ni.

“Whatever. Ada saya kisah?”

Bentak Ariya sebelum berlalu. Gelak tawa Mazran benar-benar menyakitkan hatinya.

Padan muka. Sombong sangat. Ambik kau. Tu makan dia..hahaha.

Mazran mengeluh memandang semangkuk maggi yang terhidang dihadapannya. ‘padan muka aku jugak. Ambik…ini makanan untuk aku. Alahai, kena ambil maid la jawabnya ni.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience