BAB 4

Romance Completed 12205

Setengah jam kemudian barulah Ariya selesai mandi dan telah siap mengenakan pijama berwana merah jambu. Rambut lurusnya separas pinggang hanya dibiarkan lepas. Dia melangkah ke meja solek untuk memakai losyen. Sesekali dia menjeling Mazran yang sudah terlena. Ariya menjeling jam disudut bilik. Hampir menginjak pukul 11 malam. Patutlah mengantuk sangat aku rasa. Ariya berjalan perlahan menuju ke katil.

“Awak. Awak bangunlah.”

Panggil Ariya sambil menolak sedikit badan Mazran.

Mazran yang merasa sedikit terganggu membuka matanya. Dia kelihatan mamai.

“Kenapa ni Riya. Nak tidur dah ke? Meh sini tidur kat abang.”

Mazran menarik kuat tubuh Ariya sehingga gadis itu hilang imbangan lalu terjatuh di atas tubuhnya. Tangan sasa Mazran memeluk kejap pinggang Ariya dan menarik Ariya ke dalam pelukannya.

Berderau darah Ariya apabila diperlakukan seperti itu. Dia pantas menolak kuat tubuh Mazran ke tepi.

Gedebuk!

Bunyi seperti nangka busuk jatuh itu tidak dipedulikan. Ariya sudah berdiri bercekak pinggang di tepi katil.

Adoi! Mazran mengosok perlahan belakangnya yang terasa sakit gara-gara jatuh katil. Terpinga-pinga dia memandang Ariya yang dah macam gorilla hilang laki.

“Riya ni kenapa? Tiba-tiba nak naik angin.”

Soal Mazran.

“Sakit tau tak badan abang.”

Ariya membuat muka selamba badak. ‘Badan besar macam peti ais pun sakit juga ke?’

“Kenapa awak tanya? Yang tangan awak gatal sangat pergi peluk saya tadi kenapa?”

Soal Ariya geram. Masih terbayang lagi sewaktu dirinya berada di pelukan Mazran. Geli mak nok.

Mazran terpinga-pinga.

“Bila pula abang peluk Riya ni? Riya jangan nak buat cerita boleh tak. Riya yang tiba-tiba tolak abang tadi.”

Ariya mencebik. Wajah Mazran dipandang benci. Mazran mengeluh perlahan sebelum menyambung bicara.

“Okey macam ni, abang faham kalau Riya tak dapat terima abang sebagai suami Ria. Tapi tolonglah hormat perasaan abang ni. Abang dah cuba nak berbaik dengan Ria tapi Ria tetap dengan perangai degil Ria.”

Luah Mazran.

“Abang tak minta Ria jadi isteri abang dalam erti kata yang sebenar. Abang tahu Ria tak bersedia dengan semua ni tapi tolonglah cuba belajar untuk terima semua ni. Terima abang sebagai suami yang selayaknya Ria hormati.”

Mazran cuba meraih jemari Ariya namun ditepis kasar.

“Tak! Saya tak akan pernah terima awak sebagai suami saya. Awak dengar sini baik-baik Mazran, bagi saya pernikahan kita ini hanya di atas kertas.”

Ariya menarik nafas sebelum menyambung kata.

“Jadi awak jangan pernah nak bermimpi untuk hidup macam suami isteri yang lain. Awak dengan hal awak, saya dengan hal saya. Finish!”

Hambur Ariya. Suaranya sedaya upaya diperlahankan agar tidak didengari oleh ahli keluarga yang lain.

“Kenapa susah sangat nak terima abang ni? Apa kurangnya abang untuk jadi suami Ria? Apa yang Ria benci sangat kat abang ni?”

“Memang saya benci. Sebab awaklah saya terikat dalam perkahwinan bodoh ni. Come on lah, saya ni baru 20 tahun awak tau tak? Sebaya adik awak kan? Belajar pun tak habis lagi. Banyak benda lain yang saya nak fikir dalam hidup saya selain perkahwinan ini awak faham tak?”

Puas hati Ariya. Seingatnya, Mazran juga punya adik perempuan sebayanya yang kini sedang menyambung pelajaran di Australia. Cuba bayang kalau adik dia yang kena kahwin paksa macam aku.

“Maksud Riya? Okey. kalau fasal pelajaran Riya, abang tak akan halang pun untuk Riya kejar cita-cita Riya. Riya buatlah keputusan sendiri. Itu hak Riya. Abang tak akan rampas hak Riya untuk tentukan masa depan Riya sendiri.”

Ujar Mazran lembut. Cuba berkompromi.

Ariya menjeling tajam.

“Awak memang dah rampas hak saya pun. Awak nak tahu apa?”

Mazran mengangkat keningnya.

“Awak dah rampas hak saya untuk memilih suami saya sendiri!”

Hambur Ariya kuat. Airmata yang ditahan mulai mengalir laju.

Mazran memandang tajam wajah Ariya yang sudah basah dengan airmata.

“Riya dah ada orang lain ke? Abang ni dah jadi penghalang hubungan Riya dengan seseorang ke?”

Ariya hanya menggeleng. Tiada hati mahu terus bersoal jawab lagi.

“Sudahlah. Tolong faham saya. Bagi saya masa untuk sesuaikan diri dengan semua ni.”

Ariya yang berkira-kira ingin berlalu keluar pantas berhenti apabila tangannya ditarik Mazran. Ariya menoleh ke tepi saat mereka sudah saling berhadapan. Tidak sudi ingin memandang wajah redup Mazran yang mungkin boleh merubah pendiriannya.

“Baik. Abang hormat keputusan Riya. Abang harap Riya tak menyesal dengan keputusan ini.”

Ucap Mazran sambil memandang wajah Ariya yang masih masam.

“Dah lewat ni. Riya pergilah tidur dulu. Jangan risau, Riya tidurlah atas katil. Abang boleh tidur dekat sofa. Lagipun Riya mesti tak nak berkongsi katil dengan abang kan.”

Mazran yang bagaikan faham gelodak perasaan Ariya mencapai sebiji bantal dan terus berbaring di sofa. Matanya dipejam rapat. Ariya disebelah sudah tidak dipedulikan lagi. Biarlah gadis itu dengan caranya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience