BAB 9

Romance Completed 12205

Ariya membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya yang sedikit pening dipegang kejap. Matanya diliarkan ke sekeliling bilik yang agak asing baginya itu.

“Riya dah sedar. Syukur Alhamdulillah.”

Ucap Puan Azura. Tangan anaknya itu diusap lembut. Ariya yang sedikit bingung hanya diam tanpa reaksi. Masih cuba mengingati apa yang sebenarnya telah berlaku.

“Alhamdulillah. Riya tahu tak, ibu risau sangat masa Zran call beritahu ibu rumah kamu kena rompak. Nasib baik semuanya selamat.”

Luah Puan Salina pula.

Rompak? Ariya mula tersedar. Dia mula kalut mencari suaminya. Namun hampa. Hanya kelihatan mamanya, Puan Azura dan Suzzy di bilik itu.

“Abang Zran mana ma? Ibu?”

Soal Ariya.

“Riya nak jumpa abang.”

Ariya mula menangis apabila soalannya tidak berjawab. Mana Mazran? Mana suami aku?

“Ariya.”

Ariya berpaling saat mendengar suara yang memanggilnya itu. Suara Mazran. Mazran menapak perlahan mendekati Ariya.

“Abang!”

Raung Ariya. Dia memeluk kejap tubuh Mazran. Syukur Ya Allah. Kau selamatkan suami hamba Ya Allah.

Mazran yang masih terkejut dengan panggilan keramat itu membalas lembut pelukan isterinya. Pipi Ariya dicium lembut. Beralih pula ke dahi isterinya. Tak sanggup dia membayangkan sekiranya dia kehilangan isterinya itu.

“Abang okey ke? Ada cedera kat mana-mana? Perompak tu mana? Polis dah tangkap dia ke?”

Soal Ariya bertubi-tubi.

Mazran mengangguk perlahan.

“Abang okey sayang. Tak cedera pun. Perompak tu polis dah tangkap pun. Sayang jangan risau lagi ya. Yang penting bagi abang sekarang..sayang selamat.”

Terharu Ariya mendengar kata-kata tulus suaminya. Pantas Ariya memeluk semula tubuh Mazran.

“Abang. Tolong jangan tinggalkan Riya. Riya sayangkan abang. Riya cintakan abang. Maafkan Riya abang.. Riya isteri yang derhaka. Riya menyesal. Riya janji…”

Belum sempat Ariya menghabiskan ayatnya. Mazran sudah memotong.

“Syhhh..”

Mazran meletakkan jari telunjuknya di bibir Ariya. Ariya terdiam. Jemari Ariya dicapai lalu dicium lembut.

“Abang dah lama maafkan Riya sayang. Sejak hari pertama Riya bergelar isteri abang, Riyalah satu-satunya isteri solehah buat abang. Abang pun cintakan Riya. Sepenuh hati abang. Walaupun Riya bukan cinta pertama abang, tapi abang nak Riya jadi cinta terakhir abang. Boleh tak sayang?”

Ariya terkejut. Cuba mencari kebenaran disebalik mata bundar suaminya itu. Mazran mengangguk sambil tersenyum. Cuba menyakinkan Ariya akan perasaannya yang satu itu.

Ariya membalas lembut senyuman suaminya. Dia yakin dengan cinta yang dilafazkan Mazran, Ariya mengangguk laju. Pantas dipeluk erat tubuh Mazran semula.

“Boleh abang. Boleh sangat-sangat.”

“Ehem..dah-dahlah tu along. Malulah sikit depan ibu dengan Aunty Zura ni.”

Teguran Suzzy menyedarkan Ariya dan Mazran.

“Along?”

Soal Ariya bingung. Dipandang suaminya meminta penjelasan.

Puan Salina yang faham terus menjawab bagi pihak Mazran.

“Mesti Riya tak kenal lagi kan. Inilah adik ipar Riya yang belajar kat Australia tu. Anak ibu yang bongsu, Mazriyana.”

What? Ini ke adik Mazran. Perempuan gatal tu adik ipar aku? Argh! Silap aku juga. Masa ibu nak tunjuk gambar dia aku buat tak layan aje. Sekarang tengok. Aku sudah kena main daa..

“Sorry Kak Long. Ni semua plan Along. Dia yang paksa Yana berlakon masa datang rumah akak dulu. Dia cakap nak bagi akak jealous.”

Jelas Mazriyana laju walaupun kepala dia dah kena sekeh dengan Mazran.

Ariya mengetap gigi. Geram! Kecik aje dia pandang Mazran saat ini. Sengal punya beruang kutub.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience