BAB 17

Family Completed 3573

Whatsapp.

“Assalamualaikum ustaz. Saya Aqil. Boleh tak kalau saya nak jumpa ustaz sekejap”-Aqil

“Waalaikumsalam. Oh Aqil. Aisyah ada cerita pasal kamu”-Ustaz Firdaus

“Datang lah. Ustaz sekarang ada di surau Taman Amalina ni”-Ustaz Firdaus

“Baik ustaz, saya datang sekarang”-Aqil

*******************************************

Nampaknya Aqil menerima baik cadangan Aisyah. Dia ambil keputusan untk meluahkan satu persatu isi hatinya kepada Ustaz Firdaus.

Dia harap segala persoalan dia terjawab. Malam itu dia meluncur laju dengan motorsikalnya ke surau Taman Amalina. Pertemuan dengan Ustaz Firdaus terasa amat penting.

“Assalamualaikum, Ustaz Firdaus mana ya? ” tanya Aqil kepada salah seorang jemaah di situ.

“Waalaikumsalam, Oh Ustaz Firdaus Ada kat belakang. Dia mengaji. Kata ada nak jumpa orang”balasnya sambil tangan menunding ke arah belakang ruang solat utama itu.

“Terima kasih ya”kata Aqil.

“Sama-sama”balas orang itu.

Sambil berjalan ke arah Ustaz Firdaus Aqil sudah tertarik dengan penampilan ustaz muda itu. Segak berkopiah putih dan mengenakan jubah putih sebagai pakaian rasmi untuk solat.

Ustaz Firdaus merupakan ahli pemuda yang aktif dengan aktiviti-aktiviti surau. Berbekalkan ilmu agama ketika menuntut di Al-Azhar dia kadang-kadang dijemput untuk memberikan kuliah.

Beliau juga merupakan ahli rasmi persatuan di pusat bahasa negeri Selangor. Satu tempat kerja dengan abang Aisyah. Tetapi dia kira seniorlah.

“Assalamualaikum ustaz. Sihat? ”sapa Aqil.

“Waalaikumussalam warahmatullah. Alhamdulillah kheir. Kamu macam mana? ”-balas Ustaz Firdaus.

“Alhamdulillah. Ana aydan”-jawab Aqil.

“Subhanallah, pandai cakap arab ye kamu ni”Ustaz Firdaus memuji.

“Sikit-sikit je ustaz”jelas Aqil.

“Ustaz saya datang ni sebenarnya ada hajat”-Aqil memulakan sesi bicaranya.

“Faddol, hajat apa tu”-tanya Ustaz Firdaus.

“Saya juga pelajar agama juga ustaz dulu. Saya khatam hafalan Al-Quran masa sekolah rendah lagi”

“Saya bekas pelajar pondok tahfiz. Habis menghafal Al-Quran. Saya mula talaqqi kitab-kitab”terang Aqil.

“Kheir. Teruskan”arah Ustaz Firdaus.

“Habis je darjah enam saya terus masuk sekolah menengah agama di Johor. Tapi sebab kan mak saya sakit. Saya berhenti sekolah dan sambung di sekolah harian biasa tahun lepas ”

“Tapi ustaz.. ”kata-kata Aqil tersekat.

“Tapi apa? ”tanya Ustaz Firdaus.

“Sejak ayah saya meninggal masa tu saya baru darjah enam, saya dah tak amal semua apa yang saya belajar”

“Saya mula tinggalkan amalan hari-hari saya muraja'ah Al-Quran. Masuk tingkatan empat saya dah tinggalkan solat”

“Saya terjebak dengan dosa-dosa besar ustaz.. ”mata Aqil mula mengeluarkan air mata.

Sebak di dadanya hanya Allah yang tahu. Seorang yang diharap menjadi ulama' pembela ummah. Tetapi dia yang paling fasik. Allahu, mohon dijauhkan.

“Dosa-dosa besar?”tanya Ustaz Firdaus.

“Ye ustaz. Saya pernah berzina ustaz. Ramai perempuan saya dah rosakkan. Saya ajar diorang hidup sosial”

“Saya pernah mabuk ustaz. Kalau ada duit saya lepak club ustaz. Saya bawak anak dara orang ustaz. Ya Allah.. ”luah Aqil jujur.

“Astaghfirullah al-azim. Kamu masih lakukan lagi ke? ”tanya ustaz Firdaus.

“Ustaz tau kan kes pelajar cuba bunuh diri haritu? ”Aqil.

“Tau. Kenapa?”balas Ustaz Firdaus.

“Dia bergaduh dengan mak ayah dia ustaz. Semua sebab saya. Dan dia nekad nak bunuh diri sebab mak ayah dia marah dia lepak dengan saya”

“Adakah salah saya ustaz”Aqil mula menangis.

“Macam ni, ustaz tak boleh cakap kamu salah. Ustaz tak tau hal sebenar”jelas Ustaz Firdaus.

“Lepastu ustaz saya buat kerja part time jual benda tak elok. Dan duit tu saya guna untuk tanggung kos belajar saya”kata Aqil.

“Benda tak elok? Bukan kamu berniaga burger ke? ”tanya Ustaz Firdaus.

“Memang saya kerja jaga kedai burger orang, hari ni saya cuti. Tapi duit tu cukup-cukup untuk buat rawatan ibu saja. Duit pencen arwah ayah pun dah semakin kurang”

“Jadi saya ikut orang jual syabu. Saya jual kat budak-budak muda je”terang Aqil.

Hatinya masih sebak. Setiap luahan hatinya pedih ibarat mengguris jari dengan mata pisau.

Dia berharap Ustaz Firdaus boleh bagi solusi bagi setiap masalahnya. Sama-sama kita doakan Aqil ya.

“Baik, macam ni....”sambung Ustaz Firdaus.

*******************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience