BAB 14

Family Completed 3573

“Tak sabarnya nak keluar ni. Hi hi.. ”Natasha tersengih sendiri.

Hari ni Aqil janji nak keluar dengan Natasha. Nak spend time buat first time. Hasil duit kumpulan pelajar itulah Aqil guanakan untuk belanja Natasha.

Selesai bersiap, cepat-cepat Natasha keluar dari rumah. Ayah dan maknya kerja. Pagi-pagi lagi dah keluar. Jadi sudah kebiasaan dia sebagai anak tinggal sorang-sorang kat rumah bila cuti.

Kehidupan mereka sederhana saja. Tapi untuk mendapatkan duit ayah dan maknya perlu bekerja untuk menanggung keperluan mereka.

*******************************************

“Sorry Aqil. Lama dah ke kau tunggu? ”sapa Natasha.

“Eh tak lah baru je. Sempat lah habiskan rokok aku dua batang” perli Aqil.

“Ala.. Sorry lah. Erm.. Kau nak hukum aku ke? ”tanya Natasha.

“Eh.. Mesti.. Macam biasa. Hi hi.. ”balas Aqil.

“Kata nak keluar. Nanti-nanti lah”kata Natasha.

“Yelah, bukan sekarang. Malam nanti ke”pujuk Aqil.

“Malam? Bising ayah aku nanti kalau balik lambat”terang Natasha.

“Itukan hukuman. Kene rela jelah. Ha ha”gelak nakal Aqil.

“Erm.. Tengok lah. Tapi kat mana? ”Natasha seakan setuju.

“Kat rumah aku je. Sekarang ni tak yah check in hotel dah. Hi hi”kata Aqil.

“Ye ye. Jomlah, dah lambat dah ni”ajak Natasha.

Natasha sudah hilang sifat pemalunya. Kalau dulu nak bercakap dengan Aqil ibarat sesuatu yang mustahil. Tetapi bila dah ngam, dia lupakan semua tu.

Hari ni diorang habiskan masa seharian bersama. Pergi jalan-jalan area KL dengan motor. Sampai je waktu senja diorang balik ke rumah Aqil. Natasha rela dirinya diperguna sedemikian rupa.

Nilai maruah seorang wanita itu sangat murah kini. Kalau di zaman Rasulullah dulu, masyarakat jahiliyah meletakkan perempuan hanya sebagai tempat melepaskan nafsu semata-mata.

Andai wanita-wanita zaman jahiliyah jumpa dengan generasi kini, mesti dia terkejut dengan masyarakat kini. Yelah lebih teruk dari diorang.

*******************************************

Kriiii.. Bunyi pintu dibuka.

Natasha mula balik pukul 2 pagi. Ini kali pertama dia balik selewat itu. Dia dah nekad sekiranya dia dimarah oleh ayahnya.

“Baru nak balik kau ni”tengking Cik Mat.

“Kau ingat ni hotel ke apa? ”tanya Cik Mat geram.

“Apa ayah ni. Bising lah. Orang semua tidur lagi”balas Natasha.

“Oh.. Tau kau nak marah. Kau ingat aku tak nampak kau balik dengan jantan tadi. Siap bercium lagi”mara Cik Mat.

“Abang slow sikit suara tu, nanti jiran-jiran dengar lah”pujuk Cik Ayu.

“Awak nak suruh saya diam. Kamu tau tak anak kamu ni dah buat benda tak senonoh”

“Kenapa kau buat abah macam ni ha Natasha? Kenapa murah sangat ke maruah kau? ”bising suara Cik Mat.

“Apa abah ni. Orang bukan buat apa-apa pun. Orang keluar lepak je. Tu pun salah ke”balas Natasha dengan nada yang keras.

“Kurang ajar..”

Panggg...

Muka Natasha dilempang oleh tangan seorang peniaga itu. Tangannya yang keras membuatkan tamparan itu dirasakan teramat pedih. Badan Natasha sedikit teranjak ke belakang.

“Abang.. ”jerit Cik Ayu sambil menarik suaminya itu.

Sebak di dada Natasha. Dia lari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Itulah pertama kalinya Natasha ditampar. Sebelum ini ayahnya hanya tau marah. Tapi masih mampu bersabar.

*******************************************

Tok tok tok.. Pintu rumah kecil itu diketuk.

“Assalamualaikum pak cik. Natasha ada tak? ”Aqil beranikan diri untuk datang ke rumah itu.

“Oh.. Kau lah yang buat rosak anak aku. Kau nak apa lagi. Tak serik-serik lagi ke? ”sergah Cik Mat.

“Eh.. Pak cik salah faham ni. Saya tak rosakkan anak pak cik pun. Kitorang lepak-lepak je”

“Lagipun saya datang nak ambil telefon dan dompet saya. Saya suruh Natasha pegangkan tadi”jelas Aqil.

Tiba-tiba.. Arghhhh...

Suara jeritan kedengaran dari balik Natasha.

“Eh abang.. Natasha.. ”kata Cik Ayu.

Diorang semua lari ke arah bilik Natasha dan mengetuk beberapa kali. Tetapi Natasha tidak menyaut.

Melihat keadaan itu Aqil segera masuk dan minta izin untuk memecahkan pintu bilik itu.

Hentakan keras lengan bahu Aqil membuatkan tombol pintu itu longgar dan pintu itu terbuka.

“Ya Allah.. Natasha apa kau buat ni”jerit Cik Mat.

“Ya Allah.. Macam mana boleh jadi macam ni”terduduk Cik Ayu melihat keadaan anaknya itu.

Aqil hanya mampu mendiamkan diri. Dirinya diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat. Adakah ini dikatakan balasan atas perbuatannya?

*******************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience