BAB 1

Family Completed 3573

Tak seperti hari-hari sebelum ni, Cikgu Hana yang selalu hadir ke kelas seorang diri kini bertemankan seorang gadis bertudung labuh lengkap berpakaian sekolah yang kelihatan sedikit asing bagi pelajar tingkatan 5 Optimis.

Selesai saja sesi memberi dan menjawab salam, Cikgu Hana memulakan sesi bicaranya pada pagi itu.

“Baik semua pelajar, hari ini kita ada ahli baru,saudari Aisyah”kemas tutur bicara guru Bahasa Melayu itu merangkap guru kelas bagi 5 Optimis.

“Jadi kawan-kawan yang lain ingin juga berkenalan dengan kamu, dipersilakan untuk kenalkan diri”arah cikgu Hana sambil matanya dilemparkan ke arah Aisyah.

“Baik cikgu”sambut Aisyah.

“Assalamualaikum semua nama saya Saidatul Aisyah bt Kamaruzzaman. Saya tinggal di Taman Amalina. Sebelum ini bersekolah di Maahad Tahfiz di Johor”terang Aisyah sambil matanya terpaku di lantai.

Sekali lihat sahaja boleh diagak bertapa baik dan penyantun budaknya tapi sedikit pemalu. Iya lah bekas budak sekolah agama. Tradisi memakai tudung labuhnya masih lagi dikekalkan.

Bila bercakap suaranya sedikit perlahan dan wajahnya merah keayuan. Orang sekarang kata, ala ala calon isteri solehah gitu.

“Erm.. Ringkasnya, yang lain ada apa-apa soalan tak”sampuk cikgu Hana melihat Aisyah mula diam membatu.

“Saya cikgu”Aqil mula bersuara.

“Huh.. Apa? ”keluh cikgu Hana.

Siapa tak kenal si budak Aqil ni. Dari guru-guru sampai ke kakitangan sekolah semua sudah letih dengan kerenah dan masalah yang dibuatnya.

Nak kata jahat itu tidak sebab masih memegang title pelajar. Jadi lebih manis digelarkan sebagai pelajar nakal.

“Okay, awak dah hafal berapa juzu' Al-Quran ye?”tanya Aqil sambil nada mengada-ngadanya dilontarkan.

“Aish.. Apa kamu ni tanya soalan yang berat-berat"cikgu Hana memotong kata-kata Aqil baginya tak berapa penting untuk diketahui pada peringkat awal.

“Ala cikgu mana tau dia jodoh saya boleh ajar anak-anak saya mengaji nanti.. Cia cia cia”Aqil menggunakan pickup line yang merupakan trend anak-anak muda kini.

‘Agak dah’ bisik hati cikgu Hana yang dah bosan melayan kerenah anak murid dia sorang ni.

“Dah lah, Aisyah boleh duduk di tempat duduk Sarah buat sementara waktu. Sebab dia tak datang hari ni”arah cikgu Hana bagi meneutralkan balik keadaan kelas yang dah hingar bingar dengan gelak tawa pelajar dalam kelas tu.

“Okay Hari ni cikgu nak sambung tajuk kita pada minggu lepas... ”

Tok Tok Tok.. bunyi pintu diketuk sambil salam diberikan menghentikan seketika kata-kata cikgu Hana.

“Waalaikumsalam. Ye cikgu Azman ada apa? ”ramah cikgu Hana bertanya.

“Maaf mengganggu cikgu, sebenarnya saya nak panggil Aqil. Tuan pengetua nak jumpa”jelas cikgu Azman yang merupakan guru disiplin di sekolah itu.

"Oh.. Ha Aqil suka sangat kan tadi. Kan dah kena panggil. Apa lagi lah yang kamu buat ni.. Ish ish”perli cikgu Hana secara tak langsung membalas kelakuan Aqil sebentar tadi.

“Eh cikgu saya mana pernah buat salah. Hihi..”balas Aqil separa malu kerana diketawakan oleh rakan sekelasnya.

Iya lah, orang putih kata " what you give, you get back".

“Terima kasih cikgu. Assalamualaikum”
kata cikgu Azman.

“Waalaikumsalam”balas cikgu Hana

Aqil keluar dari kelas menyusul cikgu Azman ke bilik pengetua. Hal ini menjadi tanda tanya kepada Aisyah selaku pelajar baru di kelas itu. Yelah pelajar baru mesti kena tau sedikit sebanyak perihal ahli kelasnya kan?

****************************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience