BAB 3

Family Completed 3573

Kehadiran kembali Aqil ke dalam kelas di penghujung waktu itu cukup mengganggu tumpuan pelajar-pelajar lain.

Cikgu Hana yang ingin membuat pergulungan tentang perbincangan pada hari ini turut hilang fokus.

Aqil masuk dengan kesan darah yang masih melekat di bibir bawahnya terus ke tempat duduknya. Orang yang berada di sekelilingnya ibarat sudah tiada.

Amarahnya telah mengawal dirinya. Terus dirangkul begnya lalu keluar tanpa meninggalkan apa-apa pesanan. Semua orang melihat dengan penuh persoalan terutamanya Aisyah.

“Soryy class, cikgu keluar dulu next class kita bincang lagi. Assalamualaikum semua”kalut Cikgu Hana keluar dengan harapan dapat mengejar anak muridnya itu.

*******************************************

“Cikgu Ahmad apa masalahnya tadi”tanya Cikgu Hana.

“Erm.. Aqil tak masuk kelas ke tadi? ”berat mulut Cikgu Ahmad untuk mengatakan hal sebenar.

“Ada, tapi dia masuk sekejap. Lepas tu cepat-cepat dia keluar. Saya cuba kejar dia tapi dia cepat sangat hilang. Dan saya perasan bibir dia luka”terang Cikgu Hana

“Owh.. Tadi ada berlaku sedikit salah faham antara dia dengan ayahnya Sarah”balas Cikgu Ahmad Ringkas.

“Maksudnya? ”tanya Cikgu Hana meminta kepastian.

Krekk.. Pintu bilik pengetua ditolak.

“Ehh.. Ada Cikgu Hana sekali”

“ Erm.. Cikgu Ahmad, tadi Encik Shahrul ada kata dia suruh pihak sekolah tutup saja kes ni. Dia kata dia akan buat urusan pindah anaknya dalam minggu ni juga. Dia pesan kalau boleh berilah sedikit hukuman kepada Aqil supaya hal ni takan berulang”jelas Cikgu Azman

“Bukan tak nak hukum. Semua jenis hukuman dah kita kenekan. Hum.. ”Cikgu Ahmad mengeluh berat.

“Besar sangat ke salah yang dia buat kali ni”celah Cikgu Hana yang masih tidak berpuas hati.

“Dia tumbuk ayah Sarah”jawab Cikgu Azman.

“Apa.. ”Cikgu Hana sedikit terkejut.

“Tapi hukumannya masih boleh diringankan kan?”tanya Cikgu Hana.

“Saya faham Cikgu Hana. Kamu mesti kesian dengan keadaan keluarga Aqil kan. Saya juga begitu. Pasal hukuman nanti kita bincang di mesyuarat disiplin”Cikgu Ahmad meneka isi hati guru perempuan itu.

“Ya cikgu, saya kesian dengan nasib yang dia lalui. Masa belajar, masa tu lah dia nak cari duit sara kehidupan dia dengan mak dia”

“Mungkin itu dinamakan ujian seorang anak selepas kematian arwah ayahnya”hemah kata-kata guru muda itu.

“Maaf ya, pada pendapat saya Cikgu Hana elok lah pergi melawat ke rumahnya dan beri nasihat kepadanya”

“Iya lah berdasarkan apa yang saya lihat Cikgu lebih mudah mendekati dia. Guru kelas kan”sopan Cikgu Azman memberi nasihat.

Nasihat Cikgu Azman menghabisi sesi perbincangan tak formal itu tadi. Apakah masalah yang Aqil hadapi sebenarnya?

****************************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience