BAB 5

Family Completed 3573

Pagi ni Aisyah bangun awal seperti hari-hari sebelumnya. Sudah menjadi rutin Aisyah akan bangun untuk bertahajjud.

Walaupun kini dia sudah tidak sekolah di maahadnya, tapi amalan yang sudah digarap sejak mula-mula masuk ke situ masih lagi dikekalkan.

Tahajjud adalah solat yang dilakukan di sepertiga malam selepas kita bangun dari tidur. Amalan tahajjud mampu memberi kekuatan pada pengamalnya untuk melalui hari-hari yang akan datang.

Selesai sahaja berdoa menghabisi solat tahajjudnya, Aisyah terdengar bunyi motor yang berhenti di hadapan rumahnya.

'Pergi kerja ke tu, awalnya' bisik hatinya meneka.

Aisyah lantas bangun untuk melihat di luar jendela rumah dua tingkat itu. Dari sudutnya jelas dia melihat dua orang anak muda yang sedang bercakap-cakap.

“Erm.. Buat apalah diorang ni malam-malam. Laki dengan perempuan kalau berdua-duan mesti ada yang ketiga.. Ish ish”ngomel Aisyah seorang diri.

Aisyah sudah biasa mendengar tentang larangan untuk berpasangan atau istilah sekarang 'couple'. Baginya semua tu hanya akan mengundang maksiat.

Mula-mula berjumpa, akhirnya berzina. Astaghfirullah, mohon dijauhkan.

*******************************************

“Qil nanti free free kita lepak lagi ye. Jangan risau bapak aku tak tau punya”kata Sarah.

“Ye, nanti kau roger lah. Aku tak ada masalah. Kau tu je”balas Aqil.

“Okay. Hi hi”Sarah tersengih.

Perjumpaan itu berakhir dengan kucupan mesra Sarah di pipi Aqil. Menjadi sesuatu kebiasaan dalam remaja kini bercium dan berpelukkan. Dia anggap hanya benda biasa. Subhanallah.

Aqil hanya menghantar di hadapan rumah jiran Sarah. Rumahnya hanya di sebelah Walaupun berjiran Sarah masih belum kenal jirannya itu. Iya lah baru pindah, tak sampai sebulan pun.

*******************************************

“Ish.. Bercium pulak. Bahaya betul kegiatan budak-budak sekarang ni”Aisyah bermonolog.

Aisyah hanya memerhatikan sahaja Sarah yang perlahan-lahan berjalan menuju ke rumahnya sambil tangannya dilambaikan ke arah Aqil yang berada di atas motor.

Selesai sahaja Aqil pergi, Sarah senyap-senyap masuk ke dalam rumah. Harapan supaya ibu dan ayahnya tidak terjaga.

“Lah jiran aku rupanya. Hum.. ”keluh Aisyah.

Jika Aisyah mengenal dua susuk tadi nescaya persoalan dia tentang Aqil akan terjawab sedikit. Tetapi Allah masih belum mengizinkan.

*******************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience