BAB 10

Family Completed 3573

Perlahan Aisyah berjalan menuju ke arah Aqil. Di dalam otak dia ligat memikirkan ayat yang akan diucapkan.

Ini lah pertama kalinya Aisyah keluar jumpa lelaki. Dia memang diasuh dari kecil supaya tidak melibatkan diri dengan kegiatan anak muda kini. Ianya jadi satu cabaran yang besar buat dia.

“Terima kasih lah weh. Buat penat kau je datang jauh-jauh. Kau datang dengan siapa”-nampaknya Aqil juga yang mula bersuara.

“Eh.. Tak apa. Lagipun abang saya hantar tadi”Aisyah beranikan diri untuk menjawab.

“Ish kau ni. Tak yah nak berawak saya lah”Aqil mencelah.

“Maaflah, saya dah biasa. Erm.. Macam mana ibu awak”-tanya Aisyah.

“Mak aku? Erm.. Die koma dekat ICU. Doktor kata mungkin tak lama. Kepala dia terhentak masa pengsan tadi. So ada gegaran otak sikit”terang Aqil.

“Subhanallah. Syafahallah”ucap Aisyah perlahan.

“Doakan tu”sampuk Aqil.

“Ha'ah”-balas Aisyah.

“Oh.. Erm.. Beg aku mana? Lama betul nak pegangnya”sindir Aqil.

“Eh.. Maaf”Aisyah menghulur beg kepada Aqil.

“Kau nak balik naik apa nanti ni? ”tanya Aqil.

“Bas kot. Tapi saya tak tau nak naik bas apa”luah Aisyah.

“Kalau macam tu, kau tunggu jelah aku. Nanti aku hantar”-Aqil mencadang.

“Naik motor? Tak perlu kot. Saya naik bas je”balas Aisyah tanda menolak.

“Kau nak ke? Ish.. Naik bas lah. Motor aku tinggal sini dulu. Esok ambil lah”jelas Aqil.

“Oh.. Okay juga. Sekarang awak nak tunggu apa je? ”tanya Aisyah.

“Mak aku sedar ke tak, petang ni diorang akan pindahkan ke wad kelas B. Sebab ikutkan keadaan mak aku stabil. Just masih tak sedarkan diri”-jelas Aqil.

“Kalau nak tunggu duduk lah dulu. Kalau takut sangat duduk sebelah aku, jarak lah dua tiga kerusi ke okay juga”Aqil memerli tindakan Aisyah yang pemalu itu.

“Oh.. Okay”Aisyah menurut sambil punggungnya dilabuhkan di kerusi selang satu kerusi dari Aqil.

Hari ni Aisyah menghabiskan separuh harinya di hospital. Walaupun pendiam, akhirnya dapat juga dia berkomunikasi dengan Aqil.

Sepanjang di hospital diorang sibuk berborak tentang penyakit yang dialami ibu Aqil. Satu persatu Aqil cerita bagi memahamkan rakan barunya itu.

Pada pendapat Aisyah, betul lah apa yang dikatakan Cikgu Hana yang Aqil ni baik juga orangnya. Berdasarkan perbualan dia dengan Aqil, dia dapat tangkap bahawa Aqil ni orangnya bijak juga.

Timbul dalam hati kecilnya untuk mengenal budak yang dianggap bermasalah itu. Lagi-lagi bila dia tahu yang Aqil mempunyai latar belakang sekolah agama sepeti dia juga.

*******************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience